Laman Utama
Didakwa Perkosa Ramai Wanita, Dannii Minogue Sifatkan Russell Brand Predator Yang Keji
Pelawak dan hos, Russell Brand kini berdepan tuduhan berat apabila didakwa telah melakukan perbuatan rogol.
Brand didakwa bukan hanya merogol seorang wanita tetapi dianggarkan sekitar enam mangsanya telah mendedahkan perbuatan keji yang dilakukan kepada mereka.
Salah seorang mangsa mendakwa Brand telah merogolnya di rumah selepas mereka bertemu dalam sesi pemulihan penagih alkohol pada 2013.
Seorang yang lainnya mendakwa telah diperkosa dengan cara tak biasa di kediamannya di Los Angeles sementara mangsa ketiga mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral pada usianya 16 tahun.
Mengikuti rapat perkembangan kes tersebut, penyanyi Dannii Manogue kembali mengingatkan kenyataan yang pernah dikeluarkan terhadap lelaki tersebut pada 2006 silam.
“Dia gila dan seorang predator atau pemangsa yang keji. Saya rasa dia memang tidak pernah pulih daripada penyakit ketagihan seksnya,” ujar Dannii seperti dilaporkan The Sun.
Brand, 48, didakwa melakukan semua perbuatan terkutuk itu pada kemuncak kariernya di antara tahun 2006 sehingga 2013. Namun mantan suami Katy Perry tersebut menafikan semua dakwaan yang dituding kepadanya.
Must-Watch Video