,
Laman Utama

Sibuk Uruskan Anak, Orlando Bloom & Katy Perry Tak Sempat Berasmara

Maliah Surip
25/03/2021
01:50 MYT
Aktor Orlando Bloom yang baru menjadi bapa selepas tunangnya, Katy Perry melahirkan anak mereka pada Ogos tahun lalu berbicara tentang rutin kehidupannya yang telah berubah.
Bloom, 44, mengaku kehadiran anak perempuan yang diberi nama Daisy Dove itu sangat memberi impak terhadapnya dan Perry. Ini termasuklah dari segi hubungan seks.
Dalam temubual bersama The Guardian, Bloom yang ditanya 'berapa kerap anda melakukan hubungan seks', bintang filem Carnival Row itu tidak mengelak untuk menjawab.
"Tidak cukup (lakukan hubungan seks). Kami baru memiliki anak," kata Bloom dalam temubual tersebut.
Meski demikian, Bloom mengaku kehadiran Daisy Dove membuatkan hidupnya lebih bermakna.
"Adalah sebuah anugerah kerana dapat menjadi bapa semula. Saya lebih bersedia dan tenang kali ini untuk menguruskan kehadiran anak kecil. Perry juga sangat bahagia untuk menjalani rutin ini bersama sama," akui Bloom yang juga telah memiliki seorang anak lelaki berusia 10 tahun.
Terdahulu, pada Mac 2020, dalam temubual bersama Sunday Times, Bloom juga mengaku 'berpantang' dari melakukan hubungan seks selama enam bulan sebelum bertemu Perry yang dikhabarkan pernah menjadi kekasihnya pada tahun 2016.
"Saya pernah berpantang (seks), tapi saya menikmatinya. Saya fikir telah menemukan sifat feminin dalam diri," katanya pada waktu itu.
Meski demikian, Bloom menjelaskan untuk tidak langsung berasa terangsang untuk melakukan seks bukan sebuah hal yang baik.
"Ia gila dan saya tak sarankan. Ia tidak sihat kerana kita sebagai manusia tetap memerlukannya," tambah Bloom lagi.
Kredit Foto: Entertainment Tonight
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Viral

‘Sedap’ S*ks Oral, Mabuk Saat Memandu, Pemuda Langgar Lari Warga Emas

gempak
18/11/2024
08:52 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditangkap pihak berkuasa Jogjakarta, Indonesia selepas terbabit dengan kemalangan langgar lari yang berlaku pada Khamis lalu.
Unitar