Laman Utama

Bekas Suami Tuntut Hadhanah, Datuk Seri Vida Mohon Diberi Ruang – “Semua Ini Demi Keselamatan Anak-Anak…”

Fiza Kamarudin
03/11/2020
23:30 MYT
Sponsor Banner
Bekas Suami Tuntut Hadhanah, Datuk Seri Vida Mohon Diberi Ruang – “Semua Ini Demi Keselamatan Anak-Anak…”
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hamizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mohon dirinya diberikan ruang sebelum mengulas lanjut mengenai isu bekas suami menuntut Hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak.
DSV ketika dihubungi Gempak bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit.
“Terima kasih atas perhatian semua yang mengambil berat tentang isu ini. Saya sendiri masih terkejut dan keliru.
“Cuma apa yang boleh saya katakana, saya lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak. Saya akan maklumkan lebih lanjut selepas saya mendapat sedikit ketenangan,” jawabnya enggan mengulas lanjut.
Dalam pada itu DSV turut memohon maaf dan berharap agar semua pihak memahami situasi dihadapi beliau sekarang ini.
“Terima kasih kerana memahami,” katanya.
Terdahulu bekas suami DSV Mohd Amin Yasin yang diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, pada Selasa (semalam).
Mohd Amin mendakwa kali terakhir bertemu anak-anaknya Nur Edlynn Zamilleen (Cik B), 15, dan Eric Zaquan (Kacak), 13, ialah pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya berlangsung selama 15 minit sahaja.
BACA:
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar