HIBURAN
"Jangan Sampai Aku Potong Rambut Kau" - Shukri Yahaya Terima Ugutan Gara-Gara Watak Eshaal dalam Curang Tanpa Niat
Sering menerima pujian daripada penonton menerusi drama Curang Tanpa Niat, pelakon Shukri Yahaya mendedahkan ada segelintir netizen yang masih terbawa-bawa kebencian mereka terhadap watak Eshaal ke dunia nyata.
Jelas Shukri, dia menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada peminat drama tersebut yang menyuruhnya memotong rambut serta mengugut untuk memukulnya.
"Takut juga, tapi saya tetap percaya pada diri sendiri. Saya cuma risau kalau orang terlalu lama membenci saya. Kalau jumpa di luar dan mereka menegur, saya tak kisah.
"Cuma, di Instagram, saya banyak menerima DM daripada orang yang suruh saya sikat rambut, ada yang ugut nak pukul saya, malah ada juga yang cakap, 'jangan sampai aku potong rambut kau’," katanya kepada Gempak.
Shukri berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sidang media Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang: Sedekad Menyinar yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.
Bagaimanapun, aktor itu tetap menganggap wataknya dalam drama tersebut sebagai salah satu cabaran terbesar dalam kerjayanya.
BERITA BERKAITAN: Gaya Rambut Eshaal Dibenci Netizen, Shukri Yahaya Ubah Untuk Kelainan - “Saya Dah Terlalu Banyak…”
BERITA BERKAITAN: "Ada Pihak Cuba Mencaras Saya, Tapi Tetap Setia Dengan ..." - Shukri Yahaya
BERITA BERKAITAN: Shukri Yahaya Kongsi Maksud Nama Eshaal, Minta Penonton Jangan Marah Lama-Lama
BERITA BERKAITAN: ‘Geng Suri Rumah’ Tak Senang Duduk Tengok Eshaal, Beri Sokongan Pada Elina - “Don’t Play-Play With Us”
Malah, dia turut menyatakan ini merupakan pengalaman paling bermakna baginya sebagai seorang pelakon.
"Terus terang, ini adalah drama paling susah yang pernah saya lakonkan. Salah satu cabaran terbesar ialah bagaimana saya nak menggambarkan situasi dengan betul, bila perlu menurunkan emosi, dan bila perlu menaikkan intensiti lakonan semula.
"Tapi sebagai pelakon, ini adalah pengalaman yang sangat berharga," jelasnya.
Curang Tanpa Niat’ boleh disaksikan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my
Must-Watch Video