Hiburan

Bella Astillah Perlu Masa, Belum Bersedia Untuk Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua - “Tunggu Waktu Sesuai, Saya Tak Nak Ayden Jadi Keliru”

Asyikin Mayudin
09/08/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Bella Astillah Perlu Masa, Belum Bersedia Untuk Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua - “Tunggu Waktu Sesuai, Saya Tak Nak Ayden Jadi Keliru”
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia mengambil langkah untuk memastikan tiada komunikasi antara dua orang anaknya dengan bekas keluarga mentua.

Ada Sebab

Mahu mengambil masa untuk perkara tersebut, Bella bagaimanapun memberitahu pihak sana mengetahui penyebab keputusan itu dibuat.

“Benda ini ambil masa, ada beberapa faktor yang saya tak boleh nak kongsi untuk buat masa sekarang. Saya faham rata-rata netizen dah penat asyik dengan cerita kami.

“Jadi saya ambil sebagai iktibar. Cuma untuk sekarang ini, kita nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing. Ia tak semudah ABC… banyak benda yang kita nak kena go thru terutama keluarga saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Dilihat Bersama Tabligh, Bella Astillah Hanya Doakan Yang Terbaik - “Sekiranya Dia Mahu Berubah Ke Arah Lebih Baik, Saya Hanya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

“Apa yang ibu dan ayah saya rasa, sebenarnya pihak sana tahu dan saya tak boleh nak ungkapkan lebih lanjut. Benda ini makan masa, tapi Insya-Allah.
“Slowly but surely, cuma bukan waktu sekarang. Mungkin ada ambil lebih lama sikit untuk saya hadam apa-apa yang berlaku,” kata Bella kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya saya Tahu Tentang Ayden Jatuh Dekat Sekolah Melalui…” - Aliff Aziz
Bella berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavilion Mall, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Bella berkata dia enggan anak lelakinya iaitu Ayden Adrean mengalami kekeliruan dengan situasi yang berlaku antara dia dan bekas keluarga mentua.

Panggilan Video

Malah pelakon berusia 30 tahun ini juga berkongsi salah satu insiden panggilan video antara Ayden dan pihak sana yang membuatkan anak sulungnya itu keliru.

“Tunggu waktu yang sesuai, saya tak nak Ayden jadi keliru. Saya minta maaf sangat, mungkin ada yang fikir kenapa saya larang… tidak, saya cuma tak nak pemikiran Ayden jadi keliru.

“Saya boleh kongsikan sedikit la, pernah masa hari raya… ada satu panggilan video bersama pihak sana, tapi bila pihak sana keluarkan kata-kata macam ‘eh kesiannya Ayden, tengok muka dia nampak stres dan risau. Mesti dia risaukan daddy dia’.
“Sebenarnya Ayden tak pun… ayat-ayat itu yang membuatkan anak kita keliru. Semenjak kejadian video call itu, saya dah fikir lepas ini kena tapis la, tak boleh,” ujarnya.
Bagaimanapun Bella turut memberitahu buat masa sekarang tiada lagi percubaan pihak sana untuk menghubunginya selain dirinya juga kini sedang sibuk jalani penggambaran.

Perkongsian Bekas Mentua

Terdahulu, perkongsian bekas ibu mentua Bella iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu-cucunya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna di Instagram menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian-perkongsian tersebut, Siti Hafiza turut meluahkan rasa rindu terhadap dua orang cucunya yang sudah lama tidak ketemu dan sehingga kini masih mencuba cari jalan untuk berhubung dengan mereka.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Pasangan selebriti itu akhirnya sah bercerai pada 13 Jun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar