Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

Umirah Halim 01/09/2024 | 07:03 MYT

Belum pun reda kisah bersalah rogol wanita, timbul pula satu lagi pendedahan mengejutkan di media sosial membabitkan pendakwah Da’i Syed.

Diganggu Da'i Syed?

Menerusi perkongsian seorang pengguna di aplikasi Threads mendedahkan dirinya permah diganggu oleh Da’i Syed sewaktu isterinya iaitu pengacara Hana Ismail sedang sarat mengandung.

Malah, wanita berkenaan turut memberitahu Syed sudah mengetahui dia telah berkahwin dan mempunyai anak namun tetap mengajaknya berbual menerusi telefon.

"Dia tahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak dan pada masa itu, isteri dia pun sedang hamil.

"Tetapi dia tetap mengganggu saya dengan 'jom call', 'nak call' (saya tak pernah angkat tau bercakap dengan dia melalui telefon)," katanya.

Tidak terhenti disitu, wanita berkenaan turut mendedahkan tangkap layar perbualannya bersama Syed menerusi DM (direct message).

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Da’i Syed Dekat Mangsa R*gol Kembali Tular, Netizen Anggap Mesej Disampaikan Tak Sensitif - “Gila Betul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Da'i Syed Reda Suami Terima Hukuman Penjara 10 Tahun - "Saya Dengan Rendah Diri Memohon Doa..."
ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan
Menurut wanita tersebut, pada awalnya dia hanya menyangka Syed menghubunginya atas dasar mahu mendapatkan nasihat guaman.

Namun, perbualan mereka bertukar ke arah lain apabila Syed mengajak wanita itu menemaninya ke luar negara.

"Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang saja tetapi bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan.

"Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petujuk," jelasnya.

Sementara itu, wanita tersebut turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Hana dan anaknya.

"Kasihan kepada isterinya, tak akan dia tidak tahu tentang perangai suaminya macam ini," luahnya.

Sekadar info, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

#Hamil #Mengandung #Isteri #Hana #Rogol #Dubai #Dai #Ganggu #Syed
;