Hiburan

Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai Tiada Dia’ - “Tak Payah Marah Suami Yang Tak Bersalah Sebab…”

Asyikin Mayudin
23/11/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai Tiada Dia’ - “Tak Payah Marah Suami Yang Tak Bersalah Sebab…”
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa menolak pelawaan untuk bertanding dan bermain bola keranjang buat masa kini.

Tukang ulas

Menerusi perkongsian di laman sosial, Dr. Izzar berkata ia disebabkan dia kini mahu memberi tumpuan untuyk menjadi ‘tukang ulas’ drama lakonan isterinya berjudul Andai Tiada Dia.

“Maaf rakan-rakan yang ajak main basketball session dan tournament. Buat masa sekarang saya berehat dulu dari dunia basketball.

“Saya ingin member fokus penuh menjadi tukang review drama yang tak bertauliah. Jumpa tahun depan,” kongsinya.

Bersedia mental & fizikal

Pada perkongsian yang sama, Dr. Izzar turut memberitahu drama tersebut juga akan menjadi lebih berat dan meminta penonton untuk bersedia dari segi mental, fizikal dan tisu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

ARTIKEL BERKAITAN: Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

Selain itu, Dr. Izzar juga berharap para isteri yang menonton drama lakonan isterinya, Hisyam Hamid dan Mimi Lana itu tidak memarahi suami mereka.

“Nampaknya drama akan menjadi lebih berat nanang lepas ni. Sediakan mental, fizikal dan tisu. Tak payah marah suami yang tak bersalah sebab apa yang terjadi dalam drama ni.

“All the best semua. Barulah thrill,” katanya lagi.

Sinopsis

‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.
Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar