Hiburan
Beri Baju Lama Kepada Adik, Syasya Rizal Selesa Sarung Abaya
Penyanyi Syasya Rizal mendedahkan kebanyakan baju lama yang dimiliki telah diserahkan kepada adik-beradiknya.
Menurut bekas anggota Dolla itu, baju-baju tersebut masih dalam keadaan baik dan ia boleh digunakan semula sementelah adik-adiknya masih lagi kecil.
Baju lama
“Baju-baju yang saya tidak boleh gayakan dengan tudung atau guna semula telah saya serahkan kepada adik-adik. Sebab mereka masih kecil dan semuanya perempuan. Jadi boleh gunakan semula supaya tidak membazir.
“Banyak juga baju yang diberikan. Ada antara baju yang saya berikan masih lagi belum saya gunakan. Lucky untuk adik-adik dapat baju yang saya belum pakai. Namun, mana yang saya boleh gayakan semula atau pakai di rumah, saya akan pakai sahaja,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Resepsi Serba Serbi Mewah, Ibu Dedah Syasya Terima Tajaan RM5 Juta Barang Kemas - “Alhamdulillah Ada Banyak Tajaan Yang…”
ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"
ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Dirikan Rumah Tangga, Syasya Rizal Muncul Dalam Sebuah Video Temu Bual Bersama Suami
Syasya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga berkata, dia kini lebih gemar menyarungkan pakaian longgar untuk memudahkan pergerakan.
Abaya, jubah
“Buat masa sekarang, saya suka yang flowy, lagi besar lagi bagus. Sebab lebih selesa untuk bergerak. Tapi fesyen kan selalu berubah. Kita manusia kan nak pakai macam ini, macam itu.
“Jadi untuk sekarang, saya punya go to (fesyen) merupakan jubah dan abaya. Tapi kalau pada masa depan cita rasa fesyen berubah, boleh sahaja,” katanya lagi.
Menurut Syasya, imej yang digayakan sekarang sesuai untuk dirinya.
“Insya-Allah, ini imej yang sesuai dengan saya. Doakan saya kekal istiqamah, kekal dengan imej ini sampai hujung nyawa,” katanya lagi.
Pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri.
Ia susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial.