Hiburan
Berjaya Meraih Top 30 Di Miss Universe 2024, Sandra Lim Sasar Bidang Lakonan - "Saya Harap Dapat Jadi Pelapis.."
Ratu cantik Malaysia, Sandra Lim menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokongnya sepanjang perjalanannya dalam mengejar mahkota Miss Universe 2024 (MU2024).
Menurut Sandra, sokongan yang diterima olehnya membuatkan perjalanannya di Miss Universe sangat bermakna.
“Sokongan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia membuat perjalanan ini begitu bermakna dan berbaloi. Ketika saya berseorangan di Mexico selama hampir sebulan saya melihat semua reaksi yang diberikan telah membuatkan saya sebak!
“Ia sukar diungkapkan. Saya berasa amat berbesar hati dapat membawa nama Malaysia dan mengetahui bahawa ramai rakyat Malaysia sedang menonton dan menunggu saat nama Malaysia dipanggil ke dalam Top 30.
“Saya memahami bahawa tanggungjawab saya adalah untuk membawa harapan dan impian rakyat Malaysia, dan saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.
Mahu ikut jejak Tan Sri Michelle Yeoh
Berjaya menamatkan kemarau 54 tahun Malaysia di pentas MU2024, Sandra berkongsi impiannya untuk mengikuti jejak langkah Tan Sri Michelle Yeoh, yang menjadi inspirasi kepada kejayaannya di peringkat global.
Sandra turut berkongsi pengalamannya yang penuh emosi ketika diumumkan sebagai sebahagian daripada Top 30.
“Selepas ini, saya akan terus berusaha lebih gigih, dan saya berharap dapat menjadi pelapis kepada Tan Sri Michelle Yeoh,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! Ratu Cantik Malaysia Sandra Lim Lolos Top 30 Miss Universe, Tamatkan Kemarau 53 Tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"
ARTIKEL BERKAITAN: Berat 30KG, Dihasilkan 10 Tukang Mahir, Ezuwan Ismail Dedah Kesukaran Hasilkan Natcos Puteri Walinong Sari Miss Universe 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Walinong Sari Inspirasi National Costume Miss Universe Malaysia 2024!
Sandra ditemui ketika sidang media Miss Universe Malaysia 2024 yang meraikan kejayaannya meraih tempat dalam Top 30 dalam pertandingan Miss Universe ke-73 yang berlangsung di Mexico.
Ini merupakan pencapaian pertama Malaysia dalam pertandingan tersebut dalam tempoh 54 tahun, membangkitkan semangat kebanggaan nasional dan memberi inspirasi kepada generasi baharu ratu cantik Malaysia.
Sekadar info, Sandra kini memberi tumpuan kepada dua filem baharu: filem Melayu bertajuk “Gayong” dan filem Tahun Baru Cina “Money Games,” di mana dia akan memainkan watak utama wanita buat kali pertama.
Must-Watch Video