Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

Khairil Khusyairi 10/09/2024 | 04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nureffy berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya di dalam kereta.

Hantaran Cetus Perhatian

Dalam video berdurasi pendek itu, Nureffy tampil manis mengenakan jubah berwarna hitam dan berkaca mata gelap.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Nureffy memohon semua mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Bismillah. Doa yang baik-baik kay, Amin Ya Rabb Allamin,” tulisnya ringkas.

Perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu turut menggunakan lagu latar The Best nyanyian Ernie Zakri.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberi kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat Nureffy.
Terdahulu, timbul dakwaan mengenai status rumah pelantun lagu Ku Akui itu sedang bergolak.
Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap Hafiz Suip Penyanyi Profesional, Ajai Terbuka Untuk Bantu Naikkan Nama Semula - “Orang Kata Dia Ada Masalah Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Tak Pernah ‘Hilang’, Hanya Ambil Masa Untuk Berehat Seketika - “Mungkin Waktu Itu Semua Orang Tengok Saya Macam Meroyan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Enggan Jadi Hipokrit, Nafi Badan Kurus Sebab Ambil Barangan Terlarang - “Saya Akui, Sepanjang Jadi Artis Saya Banyak…”

#Penyanyi #Hafiz Suip #Isteri #Rumah tangga #Doa #Nureffy #Terbaik
;