Hiburan

Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”

Khairil Khusyairi
25/09/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin hadir bagi sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, Selangor, pada pagi Rabu.
Fazura dengan menyarung jubah serba putih itu hadir ke mahkamah ditemani pengurusnya iaitu Iman Tang dan beberapa pengawal peribadi tepat pukul 9:25 pagi.

Fazura Tenang

Tenang dan ceria, Fazura berharap semoga urusan harini berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, saya tenang.

“Semoga dipermudahkan,” ujar Fazura kepada pemberita.
Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.

BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

​BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

​BERITA TRENDING: Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

​BERITA TRENDING:Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

Terdahulu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024