Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Bermusafir Tak Perlu Solat Jumaat? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus

Gempak 24/05/2024 | 04:55 MYT

Baru-baru ini, sepotong video tular di laman sosial apabila seorang individu mendakwa yang dia tidak perlu menunaikan solat Jumaat memandangkan dirinya sedang bermusafir.

Perkongsian individu tersebut menerima pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen.

Solat Jumaat

Menerusi video yang dicantumkan, ada seorang pengguna media sosial memberitahu, jika seseorang itu memulakan proses musafir selepas azan Subuh, dia wajib untuk menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun, menerusi keterangan yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, terdapat dua perbezaan mengenai perkara tersebut.

undefined
Menurut Azhar Idrus, pendapat muktamah dalam mazhab adalah, jika seseorang itu keluar bermusafir sebelum waktu Subuh, maka gugurlah kewajipan solat Jumaat.

Musafir

“Tetapi sekiranya keluar bermusafir selepas waktu Subuh, tidak gugur kewajipan solat Jumaat melainkan kita berjalan (perjalanan) itu tidak mempunyai tempat yang melakukan solat Jumaat. Kalau yang ini, dia akan gugur juga walaupun dia keluar selepas waktu Subuh.

“Itu qaul muktamad… tetapi pendapat yang dhaif dalam mazhab ialah walaupun seseorang itu keluar selepas Subuh dan selagi mana dia bermusafir maka gugur kewajipan untuk solat Jumaat,” terangnya.

Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana Rapatkan Saf, Remaja Dicekik Dalam Masjid, Anas Tahir Cerita Kejadian Sebenar!

#Solat Jumaat #Ustaz Azhar Idrus #Solat Subuh #Musafir
;