Viral

Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”

gempak
Asyikin Mayudin
03/05/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Melihat perubahan yang ketara, Nabil memberitahu Aliff adalah orang yang pertama bangun seawal 2 pagi untuk bersiap solat tahajud selain bersungguh dalam membaca Al-Quran.

Sebaik-baik manusia

“Semasa saya dan Aliff masuk tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia. Dia yang merelakan diri untuk masuk tabligh dan belajar agama dengan mendalam.
“Sepanjang dengan Aliff, dia tidak pernah tinggal solat tahajud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap.
“Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini. Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat, dia solat betul-betul. Kalau mengaji pun begitu,” katanya kepada Gempak.
Penyampai radio 3 Pagi Era itu ditemui ketika rumah terbuka FYP raya Era di Restauran Rebung Cef Ismail 2, Putrajaya, pada Jumaat.
Dalam pada itu, pengacara program Gegar Vaganza ini juga menganggap apa yang berlaku kini merupakan ujian buat Aliff, isteri, Bella Astillah dan sekeluarganya.

Allah sedang uji

“Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini. Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia. Sama-sama kita doakan untuk dia,” katanya lagi.
Terdahulu, tular satu klip yang dimuat naik di Instagram TheCommonFolkssg memperlihatkan Aliff menangis ketika ditanya mengenai isterinya, Bella Astillah.
Menerusi rancangan podcast The Common Folks, Aliff Aziz menerangkan mengapa dia mendiamkan diri tentang kemelut yang melanda dirinya selama ini.
Disoal tentang mengapa dirinya mengeluarkan cerita-cerita aib tentang Bella, Aliff mengaku bersalah dengan tindakan yang dilakukannya.
Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live