Berita
Berpuluh Buaya Muncul Depan Rumah Selepas Air Sungai Melimpah
Sebuah perkampungan berhampiran bandar Vadodara, negeri Gujarat dikejutkan dengan kehadiran puluhan ekor buaya yang merangkak di luar kediaman mereka selepas limpahan air sungai akibat banjir menyebabkan reptilia tersebut naik ke darat.
Justeru, penduduk terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga terhadap buaya yang berkeliaran bimbang ia akan menyerang mereka tatkala beberapa ekor haiwan ternakan telah menjadi mangsanya.
Air sungai Vishwamitri dilaporkan melimpah pada minggu lalu dan ia juga merupakan habibat kepada ratusan buaya air tawar dan puluhan ekor berjaya ditangkap di Vadodara pada 27 dan 29 Ogos lalu.
"Buaya paling kecil pernah kami selamatkan sepanjang satu meter manakala paling besar hampir empat meter yang ditangkap pada Khamis di Kamnath Nagar yang terletak di sepanjang sungai.
"Malah penduduk pernah memberi amaran kepada kami mengenai buaya besar ini," kata Pegawai Hutan Banjaran Vadodara, Karansinh Rajput.
ARTIKEL BERKAITAN: Buaya Di Tasik Seksyen 7 Akhirnya Berjaya Ditangkap
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”
ARTIKEL BERKAITAN:Bertengkar Dengan Suami, Ibu Buang Anak OKU Dalam Sungai Penuh Buaya
ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Bandar Nikahi Buaya Betina Demi Kesejahteraan Penduduk
Sungai Vishwamitri yang terletak sepanjang 17 kilometer dikatakan menyelusuri beberapa bandar di India dan penduduk sudah terbiasa dengan reptilia itu semasa musim tengkujuh.
Penduduk Vadodara telah mengeluarkan amaran supaya orang ramai berwaspada terhadap buaya apabila mereka keluar dari rumah mereka, walaupun reptilia itu diketahui menyerang manusia.
Terdapat beberapa kes mengenai serangan buaya terhadap haiwan seperti anjing, kucing dan lembu di mana penduduk pernah melihat reptilia itu mengigitnya dan membawa masuk ke dalam sungai.
Sumber: Sinar Harian