Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Betul Rumah Dilelong, Saya Gembira Di Australia" - Sajat

Amri Hassan 30/03/2024 | 05:41 MYT
Usahawan sensasi Nur Sajat mengakui salah satu asetnya di Malaysia iaitu sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor akan dilelong dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei depan.
Tindakan itu dibuat selepas Sajat, 39, mengambil keputusan untuk menetap di Australia.

BERITA TRENDING: Berjurai Air Mata Sajat Dapat Dengar Suara Anak Di Telefon, Netizen Turut Tersentuh - "Faham Perasaan Rindu Anak Dia..."

"Betul, rumah saya memang dilelong.
"Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lelonglah. Memang betullah tu nak kena lelong.
"Sedih? Buat apa nak sedih. Kita (saya) duduk luar negara, gembira di sini," katanya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @nursajatlegacymy , Sajat yang juga penyanyi lagu Bobo Di Mana mendedahkan semua harta miliknya sudah tiada.

BERITA TRENDING: Sajat Dedah Diri Hidap Kanser? - "Kalau Tiba-Tiba Saya Senyap, Maksudnya..."

"Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun sudah tak ada. Jadi, nak suruh saya balik buat apa? Memang tidak dah lah.
"Saya sudah tinggal di sini, buat apa nak fikir lagi duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sudah keluar Malaysia nak suruh balik pula, kenapa?
"Biarlah saya hidup dengan gembira di sini. Walaupun kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Anda saja duduk di Malaysia, seronok hidup di Malaysia tu. Orang macam saya ini, tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki, perempuan seronoklah. Duduk saja," katanya.
Perkongsian itu bagi menjawab pertanyaan pengguna TikTok yang sedang menyaksikan sesi siaran langsung dibuat Sajat.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan kediaman Sajat bakal dilelong oleh pihak bank dengan harga RM4.68 juta.

PILIHAN PEMBACA: “Ayah, Ampunkan Ajad…” - Sajat Sebak Lihat Bapa Yang Sakit Terima Kerusi Roda Pemberiannya

#Viral #Kontroversi #Australia #Transgender #Banglo #sajat #Lelong #Bank #Petaling Jaya
;