Hiburan
"Biadapnya Kamu!" – Netizen Kecam Tuduhan Syasya Dolla Mengandung Sebelum Nikah
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba seorang individu tampil mendakwa bahawa bekas anggota Dolla, Syasya mengandung sebelum berumah tangga.
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X, individu tersebut menyatakan bahawa Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Dolla selepas disahkan mengadung.
“Jadi, Syasya mengandung semasa dia meninggalkan Dolla. Dan perlu mengahwini ayah kepada bayi tersebut,” Dakwa individu tersebut.
Tidak mendiamkan diri, cucu kepada pelakon vateran, Rozie Othman itu tampil menjawab kenyataan tersebut di ruangan komen.
“Good fitnah.Jumpa di padang Mahsyar,” kata Syasya ringkas.
Ciapan itu juga berjaya menarik perhatian warganet dan rata-rata marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tersebut.
goodluck merangkak dekat padang mahsyar
Dulu kat sekolah tak belajar ke? Ke datang untuk tidur je?
Kesian awak takde keje lain selain memfitnah orang.
Biadapnya kamu!,” kata netizen.
Sekadar info, pada 8 April 2024, Syasya telah mengejutkan ramai pihak khususnya peminat Dolla apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi yang tidak dapat didedahkan.
Kemudian pada 21 April 2024, Syasya sekali lagi membuat kejutan apabila wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan dia sudah selamat bergelar isteri kepada Nasrullah.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.
Must-Watch Video