Hiburan
“Bijaknya, Budak Pandai” - Gelagat Fatima Nyanyi & Hafal Lagu Fazura Buat Netizen Terhibur
Gelagat anak kepada pelakon Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mencuri perhatian netizen di TikTok.
Menerusi video berdurasi satu minit yang dikongsikan, dapat dilihat puteri kepada pelakon filem Pendekar Awang tersebut menyanyikan lagu ibunya sendiri yang berjudul Sayangi Dirimu.
Netizen puji
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecerdikan Fatima serta ada juga sebahagian yang mendoakan anak tunggal Fazura tersebut berjaya di kemudian hari kelak.
@fazura.officialstore masyaAllah nyama hafal lirik lagu mommy dia anak bijak betul la ?? #fazura #tudungfazura #fatzura #fatima ♬ original sound - Fazura.Official
“Smart girl. Moga membesar dengan sihat, nanti boleh jaga mama Faz (Fazura).
“Cerdiknya.
“Bijaklah Fatima, budak pandai.
“MasyaAllah, bijaklah,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Nur Fatima Aisya merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Fazura bersama aktor, Fattah Amin.
Hubungan pasangan tersebut bagaimanapun menemui titik noktah selepas Fattah Amin melafazkan cerai talak satu pada 7 Oktober 2024.
BERITA TRENDING: Disapa Dengan Gelaran ‘Puan’ Ketika Di Restoran, Ini Respons Fazura - “Saya Cakap Bukan, Saya Cik Fazura”
BERITA TRENDING: "Gaya Dia Tak Pernah Seksi" - Netizen Puji Penampilan Sopan, Elegan Fazura
BERITA TRENDING: “Jika Ditakdirkan Berjodoh, Saya Tidak Menolak” - Fazura Minta Peminat Doakan Terbaik Buat Dirinya
Must-Watch Video