Laman Utama
Bila Ada Atlet Berpihak Pada Zionis, Fazley: “Sebelum Buat Sesuatu Fikir 10 Kali”
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpesan kepada individu yang berpengaruh dan ternama untuk tidak sewenang-wenang menunjukkan sokongan kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Menurut Fazley, dalam era media sosial, hal-hal yang menyentuh sensitiviti perlulah dijaga, tidak kira dari segi konteks likes, hashtag mahupun bentuk atau simbol emoji.
BERITA TRENDING: Atlet Badminton Mei Xing & Soon Huat Dikecam Sebab Like Posting IG Gal Gadot
“Dalam era media sosial ini, kita tidak boleh menunjukkan yang kita menyokong pihak yang tidak sepatutnya. Sama ada konteksnya kita like, menggunakan hashtag atau pun meletakkan emoji bendera.
“Bagi saya, sensitiviti sangat-sangat perlu dijaga terutama apabila kita membuat hantaran di media sosial. Kita pegang prinsip sebagai orang yang dikenali, menunjukkan sokongan pada orang yang tidak sepatutnya, sudah tentu ia memberi impak pada industri dan branding jenama individu tersebut,” katanya kepada Gempak.
Fazley mengulas mengenai tindakan atlet badminton Malaysia, Goh Soon Huat dan Teoh Mei Xing yang menekan butang suka pada hantaran pelakon zionis Gal Gadot baru-baru ini.
undefined
Dalam pada itu, Fazley berkata, seseorang perlu menjadi bijak dan menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta sebelum membuat sebarang keputusan.
“Sebelum mereka membuat sebarang keputusan, mereka perlu bijak menilai dan mencari fakta yang tepat, terutama sebelum menyatakan sokongan atau ketidaksokongan terhadap pihak-pihak tertentu.
“Mereka perlu ada pendirian yang khusus, dan yang disokong oleh fakta, bukan fakta yang dicipta oleh netizen. Selebriti merupakan insan yang dipandang tinggi dan mudah dipandang rendah.
“Sebelum buat sesuatu fikir 10 kali. Kalau rasa dah terpost tak salah delete. Kalau rasa tersalah post masih boleh edit,” katanya lagi.
Terdahulu Soon Huat dan pasangan beregu campuran persendirian, Shevin Jemie Lai digugurkan daripada senarai Road To Gold (RTG) selepas penilaian semula terhadap prestasi mereka dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa RTG.