Semalam, kecoh di laman media sosial X apabila dua atlet badminton negara, Mei Xing Teoh dan Goh Soon Huat dilihat menyatakan sokongan pada Israel dengan menekan tanda suka pada hantaran pelakon Gal Gadot di Instagram.

Lantaran itu, ramai dalam kalangan penyokong sukan badminton, termasuk peminat dua nama ini berasa kecewa, dan meluahkan rasa sedih dengan tindakan mereka.

Ramai dalam kalangan penyokong menzahirkan keinginan untuk berhenti mengikuti Mei Xing dan Soon Huat di media sosial.

Tidak kurang, ada juga yang menyerang ruangan komen di Instagram dengan komen-komen berbaur kecewa terhadap tindakan mereka.

Pun begitu, Mei Xing dalam kemas kini di Instagram Story, Mei Xing berkata, ada salah faham terhadap apa yang dilihat oleh orang ramai menerusi tanda suka yang ditinggalkan pada gambar berkenaan.



“Hi semua, ada salah faham mengenai saya meninggalkan tanda suka terhadap hantaran yang menyokong Is***l. Salah saya kerana tidak membaca dengan teliti tentang kandungan yang dikongsi.

“Di sini saya ingin mohon maaf atas kesalahan saya. Saya mahu fokus pada sukan badminton. Terima kasih atas peringatan dan kerisauan,” katanya.

Begitupun, ketika artikel ini ditulis, Soon Huat masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

BERITA TRENDING: Atlet Badminton Mei Xing & Soon Huat Dikecam Sebab Like Posting IG Gal Gadot​