Kekejaman Israel terhadap Palestin dan Gaza sejak beberapa minggu lalu telah membenihkan rasa benci dan meluat dalam kalangan penduduk dunia.

Tidak kira agama, bangsa, warna kulit mahupun latar keturunan, rata-rata mengecam tindakan yang tidak berperikemanusiaan rejim Israel itu.

BERITA TRENDING: Padam Foto Dengan Gal Gadot, Ada Sebab Zahirah MacWilson Lambat Tunjuk Sokongan Terhadap...

Justeru tidak hairan jika gerakan memboikot segala hal yang berkaitan Israel sedang giat dijalankan, termasuk mengutuk keras tindakan pelakon Gal Gadot yang sentiasa lantang menyokong tempat kelahirannya.

Tidak hairan pelakon Meerqeen yang pernah bergambar dengan Gal Gadot turut menerima kecaman khususnya dalam kalangan netizen Malaysia.

BERITA TRENDING: Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Gal Gadot, Ini Respon Meerqeen - “Bukan Saya Sokong Apa Yang Dia...

Selain Meerqeen, atlet badminton kebangsaan, Mei Xing Teoh turut menerima tempias apabila menekan butang like pada salah satu hantaran milik Gal Gadot di Instagram.



Susulan daripada itu, ramai dalam kalangan penyokong Mei Xing menyatakan rasa kecewa dan mengambil keputusan untuk berhenti mengikuti atlet tersebut di media sosial.

Selain Mei Xing, Goh Soon Huat turut dikecam kerana meninggalkan tanda suka pada hantaran yang sama.