Hiburan

“Bila Tuhan Beri Rezeki, Jangan Tolak” - Alif Satar

Ainun
30/09/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
“Bila Tuhan Beri Rezeki, Jangan Tolak” - Alif Satar
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar tidak pernah menganggap kerja yang dilakukan setiap hari menjadi perhatian peminat.
Jelas Alif, 34, dia juga berpegang pada prinsip untuk tidak terlalu memilih tawaran kerja yang datang kepadanya.
"Alhamdulillah, dengan kerjaya yang saya ceburi ini mungkin dipandang baik oleh orang lain. Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak pernah memilih kerja.

"Rezeki yang datang itu umpama makanan yang dihidangkan, dan saya tidak pernah merungut atau merendahkannya.

"Kita tidak boleh memperkecilkan rezeki yang diberikan. Apabila Tuhan memberikan rezeki, kita perlu menerimanya dengan syukur," katanya kepada Gempak.
Alif Satar berkata demikian ketika ditemui Gempak pada Malam Gala Eksklusif Reeza GTR di GSC Mid Valley Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Panas Baran Noki Kini Dah Kurang - "Saya Cuba Dekatkan Diri Dengan Tuhan"

BERITA TRENDING: “Saya Rasa Sama Ada Seseorang Itu Suami Atau Tidak, Kita…” - Selesa Berlakon Bersama Alif Satar, Sophia Albarakbah Tetap Jaga Batas

Tidak tertekan lakukan kerja

Dalam pada itu, Alif juga tidak pernah menyangka segala yang dilakukannya akan mendapat sambutan daripada netizen dan berpendapat kejayaan tersebut mungkin kerana dia tidak memilih dalam kerjayanya.
“Saya tidak pernah merasakan segala yang saya lakukan itu sentiasa berjaya. Mungkin, apa yang berjaya adalah kerana saya tidak pernah memilih.

"Sebab itulah saya tidak berasa tertekan dan seronok dengan apa yang saya lakukan.

“Jika penonton berasa seronok menonton filem ini, saya sangat menghargainya,” katanya," ulasnya.

BERITA TRENDING: Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

BERITA TRENDING: “Aisha Retno Boleh Pergi Jauh, Bakat Seperti Ini Kita Perlu Jaga” - Noraniza Idris

Terdahulu, Alif Satar pernah dikhabarkan oleh netizen sebagai seorang selebriti yang serba sempurna namun, dirinya hanya meluahkan rasa bersyukur dan menerima sebagai pujian sahaja.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar