Viral

“To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!

Azwa Rahman
01/06/2020
20:04 MYT
Sponsor Banner
“To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!
Bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mencetus kemarahan umum apabila mengeluarkan kenyataan berunsur racist terhadap orang berkulit gelap.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Samantha lantang berkongsi pendapatnya tentang isu perbezaan warna kulit dan rusuhan kaum yang sedang melanda negara Amerika Syarikat (AS).
“Kepada orang berkulit gelap, relaks. Ambil perkara ini sebagai cabaran untuk jadikan anda kuat.
“Anda memilih untuk lahir sebagai seseorang yang ‘berwarna’ di AS atas beberapa sebab iaitu untuk mempelajari sesuatu daripada perkara itu.
“Terima perkara ini seadanya, sehingga kini masalah kelaparan dan kemiskinan masih ada. Ia tidak dapat dielakkan. Apa yang terbaik untuk anda lakukan adalah kekal tenang, lindungi hati dan tidak biarkan ia hancur,” tulis Samantha di ruangan IG storynya.
Minggu lalu rusuhan kaum di AS tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika George Floyd meninggal dunia selepas sukar bernafas akibat lehernya ditekan oleh lutut anggota polis Minneapolis, Minnesota.
Floyd ditangkap setelah polis menerima laporan dari sebuah pasar raya yang mendakwa dia menggunakan wang palsu ketika membeli barang.
Tambah memanaskan keadaan apabila Samantha dilihat tidak sensitif meminta orang berkulit gelap bertanggungjawab terhadap rusuhan kaum yang melanda.
Malah, dia juga sempat membuat perbandingan isu warna kulit dengan berkongsi kisah pernah diejek ketika zaman persekolahannya kerana berkulit putih walaupun berdarah campuran Cina dan Brazil serta dibesarkan oleh keluarga India.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, pendapat Samantha telah mengundang kemarahan wargamaya sehingga namanya dan Miss Universe Malaysia menduduki tangga atas senarai trending. “Bekas Miss Universe Malaysia okay tak tu? Dia perlukan bantuan ke sebab saya nampak dia terlalu bodoh,” tulis seorang wargmaya.
“Bayangkan membandingkan kulit putih dia sehingga dimarahi oleh guru besar kerana "membawa budaya barat ke sekolah" dengan isu perhambaan dan rasisme yang dihadapi bertahun-tahun oleh orang kulit hitam. Adakah dia masih memiliki mahkota Miss Universe Malaysia 2017?” luah seorang wargamaya.
“Dia ni ke yang mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2917? Cantik tapi takde otak,” marah seorang wargamaya.
“Buang takhta Miss Universe tu pada dia. Dia sangat memalukan untuk membawa gelaran itu,” kata seorang wargamaya lagi.
Malah, maklumat dirinya yang terdapat di laman web Wikipedia juga telah ditukar gara-gara bersikap perkauman.
“Samantha Katie James is a racist, period. Dia terkenal dengan kebolehan memilih bangsanya semasa lahir. Sehingga kini, hanya dia sahaja yang mampu berbuat demikian,” lapor laman web terbabit setelah disunting wargamaya.
Kenyataan racist ratu cantik yang berasal dari Klang itu turut sama menarik perhatian serta mengundang kemarahan masyarakat kulit gelap di AS apabila dia menerima hampir 16,000 komen kecaman dan hinaan di Instagram.
Terdahulu, Samantha mewakili Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss Universe pada tahun 2017 yang diadakan di Las Vegas, AS.
Mengenakan gaun nasi lemak sebagai kostum kebangsaan, Samantha tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat Top 20.
Sehingga kini, beberapa bandar besar di AS seperti Los Angeles, San Francisco, Minneapolis, Atlanta, New York, dan banyak lagi berdepan rusuhan memuncak selepas kematian Floyd.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar