Viral

Populasi Penduduk Dunia Cecah 8.2 Bilion Bermula 1 Januari 2025

Maliah Surip
02/01/2025
15:53 MYT
Sponsor Banner
Populasi Penduduk Dunia Cecah 8.2 Bilion Bermula 1 Januari 2025
Populasi penduduk dunia mencecah 8.2 bilion sejak 1 Januari 2025 mengikut laporan worldometers.info.
India menjadi negara dengan penduduk paling padat di dunia iaitu 1,457,470,261 bilion diikuti China (1,417,686, 824) dan Amerika Syarikat di kedudukan ketiga memiliki seramai 346,361,968 juta penduduk.

BERITA TRENDING: Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati

Selain itu Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nigeria dan Brazil turut dicatatkan sebagai antara negara dengan populasi terpadat di dunia pada tahun ini.
Dilaporkan kelahiran baharu dicatatkan setiap 21 saat di seluruh dunia.
Populasi manusia kini tiga kali ganda lebih banyak berbanding pada hampir satu abad lalu. Populasi manusia di dunia mencapai 8 bilion pada pertengahan November 2022 dengan hanya 2.5 bilion pada 1950.
Pertumbuhan yang dramatik ini antaranya disebabkan faktor peningkatan jumlah orang yang hidup hingga usia reproduktif, peningkatan secara beransur-ansur dalam jangka hayat manusia dan peningkatan urbanisasi.
Kadar kesuburan yang besar juga dilihat menjadi faktor peningkatan populasi dunia.
Dunia dijangka mencecah populasi 10 bilion manusia menjelang tahun 2060.

BERITA TRENDING: Gunung Berapi Di Iceland Kembali Meletus

BERITA TRENDING: Gempa Bumi Terkuat Di Taiwan Dalam 25 Tahun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

BERITA TRENDING: Terlalu Banyak Satelit Di Angkasa, Sinar Matahari Mungkin Terhalang Sampai Ke Bumi

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024