Viral
Ada Pihak Ambil Kesempatan Kontroversi Aisyah Hijanah - “Nama Tengah Busuk Memang Lebih Banyak Tahi Daripada…”
Pempengaruh dan usahawan Aisyah Hijanah menyedari terdapat pihak yang mencuba mengambil kesempatan atas kontroversi yang melanda dirinya.
Akaun palsu
Malah Aisyah menerusi perkongsian di Instastory mendedahkan, ada pihak yang membuat akaun palsu menggunakan namanya untuk meraih pengikut dan keuntungan.
ARTIKEL BERKAITAN: Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega, Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam Lebih RM1.5 Juta
ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan 10 Pertuduhan, Alif Teega & Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam
Bukan itu sahaja, usahawan berusia 27 tahun ini turut memberitahu rakannya turut memaklumkan sebuah syarikat menjual namanya dengan tujuan menyelamatkan diri daripada dipersalahkan.
"Saya maklum memang banyak sangat orang guna nama saya sekarang untuk tujuan tidak betul. Nama tengah busuk memang lebih banyak tahi daripada bunga orang bagi.
“Perkara tiada kena mengena pun buat cerita macam-macam. Ada kawan saya beritahu ada auditor yang tak hantar pada klien siap cakap sedang selesaikan audit Aisyah Hijanah.
"Sedangkan saya tak buat dengan syarikat dia. Masa-masa macam ini memang akan banyak orang gunakan nama saya untuk benda buruk," jelasnya..
Sabar & pahala
Tenang berdepan dengan dugaan, Aisyah berdoa agar dia sentiasa bersabar dan dikurniakan pahala setimpal dengan apa menimpanya.
"Semoga Allah bagi pahala sabar yang besar kepada saya di dunia serta akhirat dan masuk ke syurga tanpa hisab," ujarnya.
Untuk info, Aisyah dan suaminya iaitu Alif Teega sedang berdepan 12 pertuduhan salah guna dana awam berjumlah lebih RM1.6 juta.
Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan itu disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan 10 yang lain di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Antara pertuduhan salah guna dana awam tersebut adalah bertujuan infaq kurma, infaq al-Quran, infaq pek makanan bagi fakir miskin, bantuan mangsa banjir selain sedekah pakaian raya untuk anak yatim.
Jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, dia boleh dihukum bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.
Must-Watch Video