Hiburan
Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah Macwilson membuat perkongsian majlis gender reveal di Instagram bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.
Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Menerusi klip video pendek yang dibuat, dapat dilihat Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan ahli keluarga berkumpul meraikan majlis berkenaan.
“Ianya bayi perempuan! Alhamdulillah,” tulis Zahirah di ruangan kapsyen.
Sementara itu, suami kepada aktres berkenaan, Aiman Hakim dilihat teruja semasa saat pengumuman jantina bayi mereka.
Rakan Artis Ucap Tahniah
Sehubungan itu, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan segala urusan kelahiran anak kedua pasangan selebriti itu dipermudahkan.
Terdahulu, Aiman memaklumkan ragam Zahirah semasa mengandungkan anak kedua agak berlainan berbanding sebelum ini.
Menurutnya, Zahirah tidak terlalu menjaga pemakanan selain lebih menyukai makanan Melayu.
Bahkan berat badan pelakon itu juga difahamkan naik mendadak sehingga 10 kilogram.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.
BERITA TRENDING: Didakwa Meninggal Dunia, Ini Respons Aiman Hakim Ridza - “Lagi Lama Korang Layan Media Sosial, Lagi Banyak Benda Merapu”
BERITA TRENDING: Berat Naik 10 Kg, Ragam Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua Berbeza - “Sebelum Ini Jaga Makan, Tapi Kali Ini Belasah Semua”
Sumber: Instagram