Viral
Budak 3 Tahun Maut Dikelar Bapa Kandung Ketika Tidur
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dibunuh bapa kandungnya ketika sedang nyenyak tidur.
Mangsa dibunuh suspek berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Agus, di rumah mereka di Kampung Cibarugbug, Desa Citaman, Kecamatan Ciomas, Kabupaten Serang pada Selasa.
Kejadian berlaku ketika mangsa, ibu dan pelaku sedang tidur bertiga di bilik tidur.
Menurut ibu mangsa, Herawati, 26, yang juga saksi utama kejadian, dia terkejut selepas percikan darah terkena ke badannya.
Kelar
"Saya terbangun selepas merasakan terkena percikan 'sesuatu', tatkala itu saya melihat suami memegang sebilah parang dan tangannya berlumuran darah, melihat saya tersedar suami lantas pergi," katanya lapor iNews Banten.
Dalam kejadian terbabit, kanak-kanak malang itu dipercayai dikelar lehernya sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati…
ARTIKEL BERKAITAN: Momen Pemain Wanita Amerika Syarikat Terkesima Lihat Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Netizen!
ARTIKEL BERKAITAN: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai…
ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam
Jelas Herawati, selepas tersedar dan melihat keadaan anaknya, dia terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Ciomas.
Bagaimanapun, anaknya ketika itu sudah meninggal dunia.
Sementara itu, polis kini giat memburu pelaku yang dipercayai menyembunyikan diri setelah kejadian berkenaan.
"Kami masih memburu pelaku, maklumat yang kami peroleh daripada keluarga mangsa, dan penduduk setempat bahawa dia mengalami gangguan jiwa, " kata Ketua Polis Kecamatan Ciomas, Iptu Fridy
Sumber: Agensi menerusi Sinar Harian