Viral
Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Di Putrajaya
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama kediamannya di tingkat 16, Presint 9, di Putrajaya pada Selasa.
Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya daripada MERS 999 pada jam 7.50 pagi.
Menurutnya, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersendirian kerana bapanya keluar menghantar anak sulung ke sekolah, manakala ibu keluar bekerja.
"Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.
"Rutin harian kebiasaan mangsa akan tinggal sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska terletak di blok bawah apartmen terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
BERITA TRENDING: Rakyat Malaysia Cedera Terkena Kepingan Konkrit Jatuh Di Hong Kong
BERITA TRENDING: “Sebenarnya saya Tahu Tentang Ayden Jatuh Dekat Sekolah Melalui…” - Aliff Aziz
BERITA TRENDING: Wanita Maut Jatuh Tingkap Tingkat 3 Lepas Tergelincir Dari Treadmill, Polis Siasat Pengurusan Gimnasium
BERITA TRENDING: Remaja Sesat Di Bukit Broga Ditemui Meninggal Dunia Jatuh Gaung
Beliau berkata, bapa mangsa bertugas sebagai penolong akauntan di sebuah kementerian di Putrajaya, manakala ibunya bekerja sebagai guru tadika.
Tambah beliau, siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat.
Sebelum itu, beberapa gambar telah tular di aplikasi WhatsApp memaparkan kejadian terbabit.
Sumber: Sinar Harian