Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bukan Sari Yanti, Bukan Syatilla Melvin! Shuib Sudah Pilih Ibu Susuan Untuk Ayash Affan Iaitu ...

Amri Hassan 17/08/2021 | 04:20 MYT
Suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib akhirnya memilih ibu susuan buat anak bongsunya, Ayash Affan yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri.
BACA: Ada Anak Kecil & Rapat, Netizen Cadang Sari Yanti Untuk Jadi Ibu Susuan Bayi Shuib & Sarah
BACA: Ramai Keliru Syatilla Melvin Nak Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Nah Ini Penjelasan Sebenarnya!
Kata Shuib keputusan untuk memilih ibu susuan buat anaknya itu dibuat selepas berbincang sesama ahli keluarganya.
"Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu saya yang baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan.
"Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula..jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga," katanya kepada satu program hiburan baru-baru ini.
Pada masa sama, Shuib turut berterima kasih kepada rakan artis dan rakyat Malaysia yang membantunya untuk mendapatkan ibu susuan Ayash.
"Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Yelah..susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.
"Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya.
"Kalau la ada perasaan seperti saya yang merindukan arwah, jangan terlalu berduka. Takut dia (Allahyarham Siti Sarah) sedih. Bila kita teringat, sedekahkan al-Fatihah," tambahnya.
Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
#Siti Sarah #Sari Yanti #Syatilla Melvin #Shuib #Ibu Susuan #Ayash Affan #Bayi Pramatang
;