Laman Utama

Ramai Keliru Syatilla Melvin Nak Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Nah Ini Penjelasan Sebenarnya!

gempak
Fiza Kamarudin
13/08/2021
14:23 MYT
Sponsor Banner
Ramai Keliru Syatilla Melvin Nak Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Nah Ini Penjelasan Sebenarnya!
Pelakon Syatilla Melvin tampil menjelaskan isu sebenar berhubung isu dirinya mahu menjadi ibu susuan anak keempat pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Syatilla menerusi hantaran di Instagram menjelaskan dia hanya menyampaikan hasrat seorang teman.
Dia turut memuat naik perbualannya bersama Shuib berhubung perkara tersebut.
"Ini antara conversation Tilla dengan Shuib semasa arwah Kak Sarah masih bertarung di ICU. Mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, Insyaallah lepas ni dah boleh clear dah...," katanya.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu menjelaskan kekeliruan berikutan pendedahan Shuib menyatakan menerima tawaran rakan selebriti termasuk Syatilla yang mahu menjadi ibu susuan kepada Ayash Affan.
Tambah Syatilla lagi, kawannya itu baru sahaja selesai tempoh berpantang dan memiliki banyak stok susu.
Oleh itu, Syatilla menegaskan, dia hanya perantara bagi membantu mempermudahkan urusan Shuib dan arwah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024