Pelakon dan juga isteri kepada pelawak Jep Sepahtu, Sari Yanti merupakan antara individu yang ‘dipetik’ oleh wargamaya untuk menjadi ibu susuan kepada bayi lelaki Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah, Ayash Affan.
Menerusi perkongsian video sebuah portal tempatan, difahamkan Shuib masih lagi memikirkan individu yang sesuai dijadikan ibu susuan memandangkan pihak hospital sudah meminta bekalan susu ibu untuk diberikan kepada bayi tersebut.
Menurut wargamaya, Sari Yanti menjadi calon yang sesuai untuk dijadikan ibu susuan kepada Ayash memandangkan dia baru sahaja menimang cahaya mata pada Mei lalu serta hubungan baik di antara Shuib dan Jep.
Namun, tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar ibu susuan untuk Ayash dipilih dalam kalangan ahli keluarga atau adik-beradik supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
“Kenapa saya terlintas Sari Yanti yang paling sesuai jadi ibu susuan Ayash Affan,” kata seorang wargamaya.
“Paling sesuai sekarang ni Sari Yanti. Anak dia kecil lagi, pastu Shuib rapat dengan Jep, tidak akan jadi masalah jika anak ini jadi ibu susuan. Kalau yang tak rapat takut jadi masalah di kemudian hari,” komen seorang wargamaya.
“Seeloknya ahli keluarga terdekat. Tak payah ramai-ramai ibu susu. Bukan hal kecil bila anak makin meningkat dewasa. Semoga Allah permudahkan urusan Shuib,” cadang seorang wargamaya.
“Sari Yanti pun okay, akhlak pun terbaik, lemah lembut orangnya,” tulis seorang wargamaya.
“Bagusnya, jarang ada lelaki yang nak fikir panjang, dalam keadaan anak-anak ramai nak handle pun Shuib masih boleh fikir untuk buat yang terbaik,” puji seorang wargamaya.
“Kalau boleh dalam kalangan family ada yang menyusu anak, lagi bagus sebab darah daging. Kalau orang luar takut akan ada masalah lain,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sebelum ini, seorang rakan kepada pelakon Syatilla Melvin menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan memandangkan dia baru sahaja selesai tempoh berpantang dan memiliki stok susu yang berlebihan.
Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah berada dalam keadaan ditidurkan melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani pembedahan hampir tiga jam bermula jam 2 petang pada 6 Ogos lalu.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Azwa Rahman
Sun Aug 15 2021

.jpg?ext=.jpg)
Kerjasama Media Untuk Bawa Suara Rantau Nusantara Ke Pentas Dunia
Tahniah dan selamat maju jaya
![[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’! [VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/ebitlewmatkilau.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
“Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
![[VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan… [VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/einaazmanmaid_1.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]"Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
.jpg?ext=.jpg)
Wow ! Hanya Dengan RM 99.99 Dapat Layan Semua Siaran Astro?
Pakej menarik

Kisah Ilmu Hitam & Jerangkung Bakal Diangkat Ke Layar Perak Menerusi Jerangkung Dalam Almari
Seramnya!

Takut Anak Diberi Ubat Tidur, Siti Badriah Pasang CCTV Seluruh Rumah
Langkah keselamatan.

Hamba Seks Mengaku Mahu Mati, R Kelly Dipenjara Bukan 10 Tapi 30 Tahun!
Terima keadilan.

#HisteriaTheSeries: Episod 4 Semakin Mendebarkan, Plot Twist Bakal Bongkar Misteri Filem Histeria 2008
Tak sabar episod minggu depan.

“Kalau Orang Lain Rasa Pelik, Tapi Mak Setuju Saya Tak Kisah” – “ Aina Abdul Minta Izin Ibu Untuk Setiap Busana Konsert
Ibu kena tengok dulu baju Aina sesuai atau tidak.

“Rakyat Kelantan Tak Bising Tiada Panggung Wayang” - Timbalan MB Kelantan
Punca gejala sosial.