Viral
“Bukan Semua Benda Kita Perlu Kongsi” – Video Wanita Pecah Air Ketuban Atas Sofa Ketika Beraya Raih Kecaman
Setiap ibu hamil pasti akan melalui fasa air ketuban pecah yang menjadi petanda bakal bersalin.
Ketuban Pecah Semasa Beraya
Hal itu yang dapat dilihat menerusi satu video viral baru-baru ini. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang wanita mengalami pecah ketuban ketika beraya di rumah rakannya.
Tuan Rumah Tak Simpati Rakan Pecah Ketuban?
Namun, apa yang membuatkan perkongsian tersebut tular adalah apabila seorang wanita yang dipercayai tuan rumah seakan-akan meluahkan rasa kecewa kerana sofa baharunya terkena air ketuban.
“Sana bagi laluan! Sofa baru!,” pekik wanita itu.
Menerusi perkongsian semula di platform X, rata-rata netizen mengkritik tuan rumah dan perakam video yang dianggap sebagai tidak sensitif terhadap situasi berkenaan.Nohhh.. pic.twitter.com/TPis3hl8gb— ۟ (@iTwitlawak) April 27, 2024
Antara komen yang diterima:
“Minta maaf cakap, tapi jenis perempuan macam ni memang red flag untuk berkawan. Tak ada common sense ke tu lawak atau kecemasan?”
“Bukan semua benda kita perlu kongsi dalam media sosial, contohnya macam video ni. Tak tahulah tukang post ni akal dia berfungsi macam mana sampai sanggup post video ni,”
“Bawa pergi hospital cepat! Sibuk nak merakam.”
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 800,000 tontonan di Platform X.
BERITA TRENDING: Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
BERITA TRENDING: Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
Sumber: Platform X
Must-Watch Video