Laman Utama

Bulan Menabung SSPN Dah Tiba, Jom Ketahui Cara Menyimpan Duit Untuk Anak-Anak Dengan Lebih Mudah!

Mya Amri
24/10/2023
06:15 MYT
Sponsor Banner
Bulan Menabung SSPN Dah Tiba, Jom Ketahui Cara Menyimpan Duit Untuk Anak-Anak Dengan Lebih Mudah!
Tidak dinafikan, dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat sedikit sebanyak mengundang rasa risau dalam kalangan keluarga terutamnya itu bapa.
Disebabkan sumber kewangan yang tinggi, ada diantara mereka terpaksa membuat beberapa kerja bagi menampung perbelanjaan harian.
Jadi sebagai ibu bapa sudah pasti mereka mahukan yang terbaik buat anak-anak terutamanya dari segi pendidikan.
Perancangan awal kewangan untuk anak-anak adalah langkah terbaik bagi menjamin masa depan mereka kerana Andalah Superhero Anak Anda!
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada cara yang efektif untuk menyimpan dan membuat tabung pendidikan tinggi anak-anak.
Mudah sahaja! Ini caranya:
Simpan SSPN
Bagi yang belum mengetahui tentang perkara ini, sebenarnya Simpan SSPN mempunyai banyak keistimewaan dan manfaat untuk anda.
Simpan SSPN ini juga merupakan salah satu langkah terbaik buat ibu bapa kerana cara ini telah banyak membantu anak-anak melanjutkan pelajaran.
Terdapat dua cara yang anda boleh pilih, sama ada untuk menabung di Simpan SSPN Prome atau Simpan SSPN Plus.
Jangan khuatir kerana kedua-duanya adalah tabung pendidikan untuk masa depab anak anda.
Berikut merupakan antara keistimewaan dan manfaat apabila menabung di Simpan SSPN:
1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.
2. Perlindungan takaful ke atas pendeposit.
3. Geran sepadan sehingga RM10,000
4. Dividen kompetitif
5. Patuh syariah
6. Simpanan dijamin kerajaan
7. Layak memohon pinjaman PTPTN
(Tertakluk kepada terma & syarat)
Bulan Menabung Simpan SSPN 2023
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited membudayakan amalan penabungan dan kesedaran kepentingan perancangan kewangan dalam kalangan masyarakat bagi tujuan pendidikan tinggi.
Justeru, sempena sambutan Hari Tabungan Sedunia atau dikenali juga sebagai World Savings Day yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, Program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) telah dianjurkan oleh PTPTN semenjak tahun 2018 lagi bagi mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk penabungan pilihan utama untuk masyarakat Malaysia.
Program BMS 2023 akan diteruskan dan diadakan selama sebulan iaitu mulai 1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023 di peringkat nasional dan negeri.
Siri jelajah akan dilaksanakan ke seluruh negara dan akan dimeriahkan dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang menarik dan berinformatif kepada para pelanggan PTPTN.
Pelaksanaan program dan aktiviti BMS 2023 dilaksanakan siri jelajah seperti berikut:
1. Majlis perasmian peringkat nasional akan diadakan di Selangor serta penganjuran peringkat negeri di Sabah dan Sarawak pada 1 Oktober 2023.
2. Penganjuran peringkat negeri di Terengganu, Kelantan dan Pahang pada 7 Oktober 2023.
3. Penganjuran peringkat negeri di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada 14 Oktober 2023.
4. Penganjuran peringkat negeri di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis pada 21 Oktober 2023
5. Majlis peramian penutup di Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2023.
Jadi apa tunggu lagu, ayuh datang beramai-ramai untuk meneriahkan lagi lokasi terpilih BMS 2023 kali ini!
Jom Jadi Superhero Anak Anda!
Info lanjut mengenai BMS 2023 layari: https://www.ptptn.gov.my/BMS2023/
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar