gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Bad Guys 2
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Raise The Star Malaysia Minggu Suku Akhir
HIBURAN
Demi Anak Dalam Kandungan, Siti Jamumall Masih Berhubung Baik Dengan Aiman Tak Kesah - “Kalau Dia Ada Masa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kes Cerai Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Ditangguh - “Kalau Mahkamah Kata Jatuh Talak 2, Mungkin Boleh Rujuk”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
21/07/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Kes Cerai Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Ditangguh - “Kalau Mahkamah Kata Jatuh Talak 2, Mungkin Boleh Rujuk”
Peguam yang mewakili Aiman Tak Kesah, iaitu Mohd Noor Aizan Md Idros memaklumkan mahkamah menetapkan kes perceraian antara anak guamnya dan isteri, Siti Jamumall ditangguhkan pada 7 Ogos depan.

Bentang dua jenis tuntutan

Jelas Mohd Noor Aizan, pada prosiding pertama yang berlangsung pada Isnin hanya untuk membentangkan dua perkara utama iaitu jenis tuntutan yang akan dibuat serta status serahan surat saman kepada pihak defendan, Siti Jamumall.

“Ini adalah keputusan kali pertama di mahkamah. Kes dihadapan hakim Tuan Fairuz Jaafar. Kes ditangguh pada 7 Ogos 2025 untuk kes perbicaraan kedua. “Sebutan pertama dibicarakan adalah yang pertama apa tuntutan dan yang kedua apa status serahan saman dimana kami telah serahkan saman ke pihak defenden iaitu Siti Jamumall,” katanya kepada Gempak.

Siti Jamumall dan suaminya hadir bagi prosiding pertama kes perceraian mereka di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin.

Nyata hasrat fail penyata pembelaan

Tambahnya lagi, pihak Siti juga telah melantik seorang peguam iaitu Zahid dan berhasrat untuk memfailkan penyata pembelaan secara bertulis.

“Kemudian, pihak Siti juga telah melantik peguam Encik Zahid dan dia kata nak failkan penyata pembelaan. “Ada beberapa tuntutan pada pihak kami yang dia rasa dia perlu jelaskan dalam bentuk bertulis terutama tentang hal yang membawa ke lafaz tersebut dan apa yang berlaku sebelum dan selepas lafaz cerai dibuat,” jelasnya.

Pada masa sama, Aizan juga memaklumkan keputusan lafaz talak yang dibuat oleh anak guamnya akan diketahui pada sebutan kes perceraian yang kedua nanti.
Katanya lagi, Aiman dan Siti tidak boleh dirujuk buat masa ini. Namun, jika mahkamah memutuskan lafaz kali ini dikira sebagai talak kedua, mereka masih berpeluang untuk rujuk dan bernikah semula.
“Ini adalah lafaz kali kedua dibuat kerana sebelum ini mereka pernah bercerai dan disahkan oleh mahkamah. Cuma dalam lafaz ini. Encik Aiman sebut talak 2.
“Jadi, soalnya adakah lafaz talak 2 ini akan dicampur pada kes perceraian mereka yang pertama menjadi tiga ataupun yang lafaz talak 2 ini bermaksud kali kedua. Ini soal yang perlu diputuskan oleh mahkamah.
“Tak boleh rujuk mereka ni. Kalau mahkamah kata dua, ada kemungkinan boleh rujuk nak nikah semula. Itu akan dipertimbangkan kemudian,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Cerai, Aiman Tak Kesah Tenang & Siti Jamumall Pula ‘Nervous’ - “Kita Berserah Saja”

Terdahulu, siaran langsung TikTok usahawan Siti Jamumall mencuri perhatian ramai apabila suaminya, Aiman Tak Kesah melafazkan cerai talak dua di hadapan keluarga Siti serta ribuan penonton yang sedang menonton siaran tersebut secara langsung.
Sekadar info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024. Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.
Topic Berkaitan
#cerai
#Mahkamah
#Siti Jamumall
#Aiman Tak Kesah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement