Hiburan
Cadangan Rosyam Nor Ditolak, Erma Fatima Dah Tiada ‘Nafsu’ - “Saya Punya Selera Untuk…”
Pengarah dan pelakon, Erma Fatima tampil memberikan respon terhadap ‘cadangan’ yang diberikan pelakon, Datuk Rosyam Nor yang berseloroh menyarankan aktor kacak, Fattah Amin untuk berkahwin dengannya.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh adiknya yang juga merupakan pelakon, Umie Aida, Erma menyatakan dia tidak punya nafsu untuk mendirikan rumah tangga lagi.
"Cadangan dia untuk saya bernikah dengan Fattah Amin tu. Saya punya selera untuk kahwin dengan mana-mana lekaki dalam dunia ni tak kira la hot ke tak hot. dah tertutup dah nafsu. “Harap maaf ye, simpan niat baik kau syam” katanya secara berseloroh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan respon pelakon yang popular dengan filem Pengantin Popular.
“Cadangan di tolak wahai Rosyam Nor, tertutup utk mana2 lelaki ye.
“Tertutup nafsu ?????
“Hahahaha kelakoooo
“Hahahahaha kali ni lawak,” komen netizen.
Pada masa sama, rakan-rakan selebriti juga turut mengusik Erma dengan mengatakan hanya seorang sahaja yang akan berjaya mencuri hatinya.
“Betul ke mu dia dah tutup? Tp kita2 jek tau kan mu dgn sape dia berKEHENDAK,” kata Ozlynn.
Terdahulu, tularnya video memaparkan Rosyam Nor yang berseloroh menyarankan Fattah Amin untuk berkahwin dengan Erma Fatima.
Kata Rosyam, sekiranya Fattah mendirikan rumah tangga bersama penerbit itu dia tidak akan pusing kepala.
Must-Watch Video