Berita

“Cantiknya, Sangatlah Stylo Lepas Bersalin Pakai Dress…”- Che Puan Khaleeda Dipuji Bergaya Selepas Sehari Bersalin

Syafiqah Jalal
18/07/2019
10:41 MYT
Sponsor Banner
“Cantiknya, Sangatlah Stylo Lepas Bersalin Pakai Dress…”- Che Puan Khaleeda Dipuji Bergaya Selepas Sehari Bersalin
Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam dipuji cantik bergaya meskipun baharu sahaja melahirkan seorang putera.
Che Puan Khaleeda berkongsi fotonya bersama bayi di Instagram ketika berangkat pulang daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam.
Menerusi entri tersebut, Che Puan Khaleeda telah mengucapkan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang membantunya dalam proses melahirkan bayi ketiganya itu.
BACA: Pilih Bersalin Di Hospital Kerajaan, Che Puan Khaleeda Terima Pujian Rakyat
Entri tersebut mendapat perhatian rakyat serta pengikutnya yang memuji kecantikan serta penampilan Che Puan yang kelihatan sangat bergaya meskipun baru sahaja bersalin.
“Cantik Che Puan, macam bukan bersalin je. Rileks dan tak guna kerusi roda pun. Humble dan terbaik,” tulis salah satu komen.
“Sangatlah stylo, lepas bersali pakai dress dengan kasut macam tu sahaja,” puji salah seorang pengikutnya.
“Tahniah Che Puan, kenapa cantik sangat?” kata rakyat yang teruja dengan penampilannya.
“Lepas bersalin tak sakit ke berjalan terus?” komen salah seorang pengikutnya yang terkejut dengan gaya Che Puan.
TMJ selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene di sini pada 24 Oktober 2014.
Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.
Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar