Laman Utama

Caprice Kata Jebat Derhaka 'Feeling' Macam Artis, Tak Berani Datang 'Face To Face' - "Hang Tak Ada Tel*r!"

Amri Hassan
24/05/2022
05:03 MYT
Sponsor Banner
Caprice Kata Jebat Derhaka 'Feeling' Macam Artis, Tak Berani Datang 'Face To Face' - "Hang Tak Ada Tel*r!"
"Awal-awal dia kata on, tapi akhirnya dia bagi nombor pengurus dia. Dia lagi artis daripada artis," demikian kata-kata Caprice dalam hantaran YouTube yang dimuat naik baru-baru ini.
Dalam episod pertama siri Table Talk Bersama Usahawan, Caprice telah menjemput YouTuber terkenal, Jebat Derhaka untuk bersemuka dengan usahawan jutawan yang dilahirkan RichWorks.
Video temubual dalam saluran YouTube itu ditayangkan selepas tular video Jebat mempersoalkan fungsi RichWorks melahirkan usahawan jutawan dan mendakwa ia skim cepat kaya.
Kontroversi itu hangat diperkatakan sepanjang awal Syawal lalu.
"Kerusi ini bagi seorang bernama Jebat Derhaka, Cap ada jemput untuk ke table talk.
"Jebat, saya akan post dalam Instagram malam ni, hang tak ada telur abang. Hang lagi artis dari Caprice," tambahnya.
Dalam pada itu, Pengasas Addar Beauty, Norhaslinda Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak Lin yang turut diundang dalam wawancara terbabit memberitahu, mungkin Youtuber itu tidak tahu dan nampak dengan lebih jelas apakah pencapaian dan kejayaan dihasilkan RichWorks.
"Saya sebagai salah seorang pelajar yang ada 'proven results', dari kosong hingga kini dengan didikan yang saya belajar tanpa henti bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman telah capai jualan RM16.7 juta tahun lalu.
"Kalau abang Jebat nak sertai kita pun boleh, banyak saja program-program percuma malah boleh daftar binabisnesberjaya.com pada 4 & 5 Jun, sesi 10x Bina Bisnes Berjaya di Setia City Convention Centre untuk usahawan," ujarnya yang memulakan bisnes itu ketika berusia 35 tahun.
Dr Azizan sombong?
Malahan Kak Lin berkongsi bahawa beliau pernah ditinggalkan suami selama 11 tahun, berbekalkan wang simpanan tinggal RM10,000 bangkit kembali hingga mampu membina bisnes yang berjaya.
"Saya sangat menghargai mentor saya, Dr Azizan dari 2015 lagi. Saya masih ingat kata beliau, macam mana nak bagi saya nampak awak sebab marketing adalah untuk buat orang nampak.
"Beliau tak sombong sebab Dr Azizan banyak anak didiknya, tapi saya tekad suatu saat beliau akan kenal saya dan beliau dah kenal saya," menjawab soal Caprice adakah Dr Azizan seorang yang sombong.
Kongsi Kak Lin lagi mengenai kehidupan, ketika anda susah, tiada orang akan tolong anda berdasarkan pengalaman dan apa yang dilalui.
"Kalau anda rasa anda nak berubah, tiada sesiapa boleh tolong kecuali diri sendiri untuk dorong diri ke arah mana yang dikehendaki," ujarnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar