Viral
CCTV Dedah Parcel Hilang Kena Rembat Budak-Budak Flat, Penghantar Barang Bongkar – “Kisah Ini Memang Realiti..”
Sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna X memaparkan sebuah video kamera litar tertutup (CCTV) sejak Ahad memaparkan tindakan seorang kanak-kanak mencuri bungkusan milik individu lain mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Kanak-Kanak Curi Bungkusan Parcel
Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mengambil satu bungkusan dari dalam pagar rumah sebelahnya sebelum bertindak melarikan diri.
Better korang pasang la cctv kat rumah yang mana parcel selalu hilang tu ??♀️??♀️ pic.twitter.com/iMNpHsXaL5— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) March 24, 2024
Pada masa sama, tiada individu dewasa berhampiran kawasan itu malah, pemilik rumah juga berkemungkinan tidak menyedari perbuatan kanak-kanak itu.
Penghantar Barang Dedah Kes Ini Kerap Berlaku
Terbaharu, seorang penghantar barang mendedahkan bahawa ia adalah perkara yang kerap berlaku terutamanya dalam kalangan penduduk rumah pangsapuri kos rendah (rumah flat).
Menurut penghantar barang yang menggunakan akaun Instagram Boboy Iskandar itu berkata, kejadian yang berlaku pada Sabtu itu juga pernah terjadi pada pelanggannya di rumah pangsapuri.
Pelanggan Tuduh Kurier Tak Amanah
Mengulas lebih lanjut, dia juga berkongsi bahawa pelanggan juga pernah menuduh dia yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas walaupun perbuatan sebenarnya adalah berpunca daripada kanak-kanak yang menghuni kawasan rumah tersebut.
"Kisah ini kisah memang realiti. Aku bekerja sebagai kurier, pernah beberapa kali terjadi barang pelanggan aku selalu hilang.
"Aku selalu bagitahu pelanggan barang dah letak dalam peti surat atau pagar, tetapi bila dia balik barang selalu hilang.
"Jadi, pelanggan mula tuduh aku tak amanah," kongsinya.
Dalam pada itu, penghantar barangan itu turut meluahkan rasa berang apabila ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak bersikap terbuka untuk menerima teguran tentang sikap anak-anak yang tanpa rasa bersalah mengambil hak orang lain.
"Rupa-rupanya budak flat selalu curi, bila aku tangkap, mak bapak mereka marah aku balik.
"Dah akhir-akhir baru budak tu mengaku. Baru lima tahun dah pandai buat kerja mencuri, bila kita marah, kita pula yang kena," luahnya.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian ini.
Berita Trending: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar…
Must-Watch Video