Viral

Ceroboh Lapangan Terbang, Dua Wanita Ditahan Conteng ‘Jet Peribadi Taylor Swift’

Maliah Surip
21/06/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Ceroboh Lapangan Terbang, Dua Wanita Ditahan Conteng ‘Jet Peribadi Taylor Swift’
Dua wanita ditahan selepas menconteng jet peribadi didakwa milik penyanyi popular dunia, Taylor Swift yang kini berada di Eropah untuk menjayakan konsert Era Tour.
Wanita berusia 28, dan 22 tahun yang merupakan aktivis Just Stop Oil didapati menceroboh kawasan hangar di Lapangan Terbang Stansted dan mensasarkan untuk menconteng jet peribadi dari jenis Falcon 7x milik Swift. Jet yang telah diconteng dengan warna jingga tersebut didakwa milik Swift selepas mereka kononnya mendapat laporan trafik pesawat itu mendarat setengah jam sebelumnya di lapangan terbang.

Jet peribadi Taylor Swift

Mereka kemudian dengan bangga menayangkan ‘kejayaan’ yang dilakukan apabila berkongsi foto dan video jet yang telah disembur menggunakan alat pemadam api di media sosial.
Bagaimanapun jet yang diconteng bukan milik Swift malah penyanyi lagu Shake It Off tidak berada di tempat kejadian.
Tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda protes dan usaha menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan api fosil menjelang 2030.

ARTIKEL BERKAITAN: “Speak Now, Taylor” - Peminat Gesa Taylor Swift Buka Mulut Mengenai Palestin Menerusi Surat Terbuka

​ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik

​ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini Kaut Untung RM30 Ribu Sehari Bawa Peminat Tengok Konsert Taylor Switt!

​ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura

​ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Anggota Boyzone Tuduh Taylor Swift Buat Ritual Puja Syaitan Dalam Konsert

“Mereka iaitu Jennifer dan Cole telah menceroboh lapangan terbang dengan memotong pagar di kawasan hangar pesawat peribadi diparkir sebelum menconteng sebagai tanda desakan menghentikan penggunaan bahan api fosil menjelang 2030,” ujar pihak berkuasa seperti dilaporkan independent.co.uk.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberitahu tindakan tersebut dilakukan jauh daripada kawasan ‘sibuk’ dan tidak memberi kesan kepada operasi penerbangan.

Kumpulan aktivis tersebut pula menerusi kenyataannya mendakwa ramai orang kaya langsung tidak mempedulikan kerosakan yang telah mereka lakukan di muka bumi dan meninggalkan kesan kepada seluruh dunia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar