Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Cik Epal Semakin ‘Mendonia’, Terima Lamaran Jadi Duta Pula - “Alhamdulillah, Rezeki Dapat…”

Umirah Halim 11/11/2024 | 01:47 MYT

Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal meluahkan rasa syukur apabila telah dipilih menjadi duta bagi jenama tekstil popular, Jakel.

Dapat jadi duta

Menerusi perkongsian video di akaun TikToknya, memaparkan sesi perbincangan Cik Epal bersama Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

undefined

“Alhamdulillah, rezeki dapat jadi duta Jakel. Rezeki Han dan Yuki,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-raya warganet menyokong dan mendoakan yang terbaik buat untuk ibu dua anak itu.

“Cik Epal betul-betul macam keluar dari kepompong. Rezeki mencurah-curah women power, mendonia.

“Syukur sis. Semoga makin bertambah rezeki sis. Ini lah masa untuk beraksi. Jaga diri sis. Mofa jauh daripada orang toksik.

“Suka tengok Cik Epal tak buang masa langsung selepas cerai. Terus gerak kedepan,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai hubungan rumah tangga usahawan Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.

Malah, pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

Sekadar info, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Followers Digelar Sebagai Pentaksub, Cik Epal 'Back Up' - “Aku Sedar Je Kalau Ada Yang Sokong, Akan Ada Yang Hina”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sabar Jap, Saya Belajar Dulu Dengan Cikgu Vokal Terpaling Mendonia” - Bukan Biasa-Biasa, Cik Epal Serious Nak Jadi Penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Letak Jawatan Daripada Pizza Wagyu Jofliam - “Terima Kasih Jofliam, Saya Doakan ...

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

#Duta #Model #Jakel #Epal #cik
;