Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Converse Perkenalkan Siluet Baharu Run Star Trainer, Sesuai Buat Kaki Sukan!

Amri Hassan 13/06/2024 | 13:51 MYT
Larian, Lawan Pedang, Bola Tampar, Gusti. Apakah persamaan kesemua ini? Semuanya menjadi ilham untuk siluet terbaharu Converse, Run Star Trainer.
Converse bermatlamat untuk mencipta satu konsep baharu yang diilhamkan masa lampau, namun direka untuk hidup moden - membuahkan satu gaya baharu untuk mereka yang menitikberatkan sifat-sifat versatile, ekspresi diri, dan keselesaan.
Satu kelainan baharu dari produk-produk lazim Converse, Run Star Trainer telah mensintesiskan DNA Converse, sebelum memodenkannya melalui sejarah sukan Converse yang panjang dan tidak diketahui ramai.

Ilham seni moden

Siluet baharu ini adalah bukti keupayaan Converse mengambil ilham dari sejarahnya dan gayanya yang diketahui ramai, sebelum menunjukkan imaginasi untuk mereka semula kasutnya.
Malahan, rekaan terbaharu Converse ini turut mengambil ilham dari seni moden seperti seni tembikar.
Run Star Trainer meyantuni hamper 20 siluet warisan Converse, di mana semuanya telah direka khusus untuk sukan termasuklah karate, lawan pedang, bola sepak, gusti, lompat kijang dan juga lari berhalangan.
Corak luar tapak kasut ini turut mengambil ilham dari rekaan Chuck Taylor All Star, namun dipanjangkan secara unik sepanjang tumit dan serta diterapkan dengan logo bintang dari kasut Run Star Hike yang telah diperkenalkan pada 2019 dahulu.

Nilon, suede, kulit

Semangat penerokaan sememangnya komponen penting untuk jenama Converse dan ini telah membantu menjana eksperimen-eksperimen rekaan dari segi warna, kemuatan, bahan, dan saiz.
Gabungan bahan untuk Run Star Trainer - nilon, suede, dan kulit - menjanjikan dimensi yang baik untuk bahagian atas kasut, yang diiringi pilihan-pilihan warna yang berani seperti Wren Emas, Biru, Merah, Egret, dan Hitam. Semua ini sedia untuk dibeli di pelancaran kelak.
Siluet baharu ini telah direka dengan semangat dan perspektif baharu terhadap kemuatan, rupa bentuk, dan kedudukan lazim kasut-kasut Converse, dan ia adalah produk terkini dalam senarai produk-produk baharu Converse setahun ini.
Run Star Trainer Converse boleh dibeli di seluruh dunia bermula 18 Jun 2024 di Converse.my dan Converse The Exchange TRX.

BERITA TRENDING: Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya

BERITA TRENDING: Peminat Converse Sila Hadir, Koleksi Chuck 70 De Luxe Wedge Akan Buat Korang Lebih Stailo

BERITA TRENDING: Penari, Surfer, Artisan Kek Wajah Baharu Kempen Converse Creat Next Asia Tenggara!

BERITA TRENDING: 5 Momen Best Di Acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast, Oh Qi Razali & Monoloque Pun Ada!

#Gaya Hidup #Fesyen #Kasut #Converse #Run Star Trainer
;