Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

Gempak 18/08/2024 | 14:55 MYT

Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.

Hakikatnya, Mariam yang disifatkan wanita tersubur di dunia itu sudah memiliki 44 orang anak ketika baru berusia 43 tahun.
Mariam difahamkan perlu mengurus puluhan anaknya sendiri selepas ditinggalkan sang suami.
Wanita itu dikatakan berkahwin pada usia yang sangat muda.
Malah, Mariam juga dimaklumkan mempunyai enam pasang anak kembar dua, empat pasang anak kembar tiga, tiga pasang anak kembar empat, dan dua orang anak lagi.
Memetik laporan dunia medis, Mariam difahamkan memiliki kondisi hiperovulasi.
Kondisi ini membuat rahim Mariam lebih besar dari wanita kebanyakan.

BERITA BERKAITAN :Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat

BERITA BERKAITAN : Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan

BERITA BERKAITAN: Momen Buah Mangga Untuk 'Pak Long' Runtun Hati Warganet

BERITA BERKAITAN :Aufahanie Kesal Ada Jenama Produk Tawar Buat ‘Review’ Selepas Kehilangan Abang Tersayang - “Dimanakah Common Sense Anda? This Is Unacceptable”
Keadaan itu merupakan keturunan dari sang ayah yang memiliki 45 orang anak.
Menarik perhatian, wanita kulit hitam ini juga disarankan doktor agar terus melahirkan anak.
Perkara itu disebabkan, seandainya dia berhenti bersalin, hal itu akan menjejaskan kesihatannya.
SUMBER: Dunia Medis
#Anak #Bersalin #wanita #Beranak
;