Hiburan
Dah Setuju Terima ‘Job’ Tapi Penerbit Hilangkan Diri, Kodi Rasheed Rasa Diri Teraniaya - “Kalau Kau Tak Nak, Kenapa Offer Dari Awal”
Pelakon Kodi Rasheed mendedahkan dia sudah banyak kali dianiaya oleh penerbit yang pada mulanya menjanjikan tawaran berlakon namun secara tiba-tiba menghilangkan diri.
Penerbit salahkan stesen TV
Pernah berkongsi luahan di laman sosial sekitar Julai lalu, Kodi berkata rakannya yang bertugas sebagai pengurus produksi memaklumkan penerbit yang enggan mengambilnya biarpun sudah ada persetujuan.
“Luahan itu terjadi sebab saya dah banyak kali kena, penerbit beri tawaran berlakon dan saya pun dah setuju. Lepas itu, mereka tak jadi ambil… terus MIA, senyap terus.
“Lepas itu, tiba-tiba dah shooting. Saya pelik dan tanya apa masalahnya. Banyak kali dah saya diam, cuma waktu itu mereka salahkan stesen TV. Tapi saya dapat tahu penerbit yang tak nak.
ARTIKEL BERKAITAN: #Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
ARTIKEL BERKAITAN: "Muka Ada Orang Tiup, Bau Air Kencing, Nampak 2 Pocong" - Kodi Rasheed Kena Gangguan Ngeri Ketika Shooting
ARTIKEL BERKAITAN: "Apalah Nasib Kita Akan Datang?" - Kodi Rasheed Tak Dapat Bayangkan Nasib Yang Kita Bakal Alami
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Birthday Dengan Anak Kedua, Kodi Rasheed Pilih Nama 'Sultan'
“Kalau kau tak nak, kenapa kau offer dari awal. Kebetulan PM (pengurus produksi) kawan-kawan saya juga, jadi saya bertanyakan kepada mereka.
“Mereka yang beritahu sebenarnya nama saya dah lulus dekat stesen TV tapi penerbit yang tak nak,” kata Kodi kepada Gempak ketika ditemui di sesi temu bual pelakon Salju Di Bumi Aukland pada Rabu.
Bukan kaki kipas
Menganggap diri bukan seorang ‘kaki kipas’, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti ini bagaimanapun menganggap rezekinya datang daripada Allah bukannya manusia.
“Bagi saya, kalau tak nak kenapa penerbit hubungi saya untuk tawarkan ‘job’ itu. Saya bukan seorang yang ‘kaki kipas’ atau pandai ambil hati sesiapa.
“Saya tak peduli fasal itu sebab anggap rezeki saya bukan di tangan mereka. Rezeki saya daripada Allah… apa-apa jadi pun tak apa la,” ujarnya.
Diri mudah dipijak
Mengakui berasa terkilan, Kodi berkata mungkin disebabkan dia sebelum ini tidak pernah menyuarakan perkara itu di media sosial membuatkan dirinya mudah dipijak.
“Saya bukan marah tapi lebih kepada kecewa, sebab dah banyak kali kena. Saya bukan jenis, kalau dah ‘lock’ terus minta 10 peratus daripada bayaran. Sebab fikir industri ini kecil sahaja.
“Sebab itu saya hanya setuju dulu, nanti dalam masa tiga atau empat hari itu barulah bagitahu fasal skrip semua. Ikutkan skrip pun dah bagi, tapi tiba-tiba ‘bye bye’.
“Mungkin sebab sebelum ini saya jenis tak bersuara di laman sosial, tapi kali ini saya bersuara dan individu itu pun mungkin terasa sebab dia pun dah tak panggil saya dah,” ujarnya.
Terdahulu, Kodi pernah memuat naik luahan di laman sosial mendedahkan namanya kerap kali dipinggirkan pihak penerbit berikutan tidak memiliki wajah kacak seperti aktor lain.