Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dah ‘Unfollow’ Satu Sama Lain, Hubungan Sufian Suhaimi & Rania Berakhir?

Asyikin Mayudin 21/03/2024 | 08:09 MYT
Tiada angin, tiada ribut, timbul pula dakwaan mengatakan penyanyi hubungan Sufian Suhaimi dengan wanita yang dikenali sebagai Rania Al Sadat sudah berakhir.

BERITA TRENDING: Individu Tuntut Hutang ‘Abang’ Kekasih Sufian Suhaimi RM12,000 - “Dia Tak Ada...”

Spekulasi itu timbul selepas penyanyi lagu Di Matamu dan kekasih hatinya itu dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Malah, Rania turut memuat naik satu perkongsian di Instastory seakan-akan memberi bayangan mengenai pilihan pasangan hidup.

“Jika seorang lelaki secara konsisten mengikuti ramai wanita dalam talian, termasuk mereka yang menyiarkan kandungan eksplisit atau provokatif, kemungkinan besar dia mungkin bergelut untuk menundukkan pandangannya walaupun dalam konteks perkahwinan.

“Adalah penting untuk diingat bahawa tindakan dan tabiat boleh dibawa ke dalam pelbagai aspek kehidupan. Dengan mengambil kira tingkah laku ini, kita boleh membuat keputusan termaklum apabila mempertimbangkan bakal pasangan.

“Adalah penting untuk mencari seseorang yang berkongsi nilai Islam yang sama dalam kehidupan. Teruskan meningkatkan standard anda dan jangan sekali-kali berpuas hati dengan biasa-biasa atau minimum,” kongsinya.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Sufian Suhaimi Didakwa Hantar Rombongan Merisik?

Bagaimanapun, usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Sufian Suhaimi masih belum berjaya.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian, menyarung cincin di jari manis kekasihnya di TikTok sekitar Oktober tahun lalu.

Sufian bagaimanapun menafikan mereka sudah bertunang namun majlis itu hanyalah rombongan merisik sahaja dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

#Sufian Suhaimi #Tunang #Rania Al Sadat #Sufian putus tunang #Tunang Sufian
;