Hiburan
Dakwa Pertahan Diri Dari Dirogol, Anak Artis Kerat & Buang Anggota Badan Doktor
Seorang anak pasangan pelakon popular dari Sepanyol dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh, mengerat dan membuang anggota seorang pakar bedah di beberapa kawasan sekitar Pulau Koh Phangan, Koh Samui, Thailand tahun lalu.
Lakukan pembunuhan terhadap pakar bedah plastik
Daniel Sancho Bronchalo merupakan anak kepada aktor terkenal Rodolfo Sancho Aguirre yang berkahwin dengan pelakon, Silvia Bronchalo.
Dia didapati bersalah melakukan pembunuhan itu terhadap seorang pakar bedah plastik dari Colombia, Edwin Arrieta Arteaga pada Ogos 2023, lapor BBC.
Meski mengaku bersalah membunuh lelaki yang dikenali di internet sebelum memutuskan bertemu di pulau pelancongan itu, Bronchalo sempat menceritakan kronologi sehingga terjadi pembunuhan ‘versi dirinya’.
Bronchalo mendakwa Arrieta sangat obses terhadap dirinya. Dia yang juga YouTuber masakan terpaksa membunuh Arrieta untuk mempertahankan diri selepas lelaki itu menjadikannya tebusan.
Tebusan tolak ajakan seks
Dia mendakwa menjadi tebusan kerana menolak ajakan seks dan hampir dirogol oleh Arrieta.
Namun menerusi siasatan serta bukti yang diperoleh pihak berkuasa dan mahkamah menyifatkan Bronchalo memang mempunyai niat membunuh sekaligus melakukan jenayah terancang.
Hal itu lantaran Bronchalo pergi ke balai polis membuat laporan temannya itu telah hilang. Dia juga sempat membeli beberapa barang dipercayai bertujuan digunakan dalam jenayah tersebut seperti sarung tangan getah dan pisau.
Dan setelah semuanya terbongkar, Bronchalo akhirnya membawa polis ke sekitar tujuh lokasi tempat dia membuang anggota badan yang telah dikerat disumbat dalam plastik sampah.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Da'i Syed Reda Suami Terima Hukuman Penjara 10 Tahun - "Saya Dengan Rendah Diri Memohon Doa..."
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim
ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Rusia Cedera Selepas Cubaan Merogol Seekor Lembu Betina
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Tak Sengaja Rogol Anak" - Penoreh Getah
ARTIKEL BERKAITAN:Rogol, Liwat Anak Tiri Konon Sebab Buang Santau, Tukang Cat Dipenjara 20 tahun & 6 Sebatan
Terdahulu Bronchalo dijatuhi hukuman mati namun kerana berkelakuan baik sepanjang proses perbicaraan, mahkamah memutuskan dia dipenjara seumur hidup dan membayar sejumlah pampasan kepada keluarga mangsa.