Laman Utama

“Dari Dulu Teringin, Dah Boleh Beli Baju Dinasour”- Dayana Roza Sebak, Hasrat Nak Baby Boy Tercapai

Mya Amri
08/10/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
“Dari Dulu Teringin, Dah Boleh Beli Baju Dinasour”- Dayana Roza Sebak, Hasrat Nak Baby Boy Tercapai
Pelakon, Dayana Roza bersyukur hasratnya untuk menimang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Tuhan.
Dayana berkongsi berita gembira itu dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Dayana, dia mengambil masa selama enam bulan untuk merahsiakan jantina anak keduanya itu.
“Alhamdulillah, alhamdulillah it’s a boy! Enam bulan bersabar suruh doktor rahsiakan jantina, sekarang rasa lega sangat.
“Dari dulu teringin nak baby boy. Alhamdulillah sekarang dah boleh beli baju dinasour,” maklumnya.
Dalam pada itu, Dayana juga turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis pengumuman jantina atau gender reveal yang berlangsung pada Sabtu.
Paling menyentuh hati apabila Dayana kelihatan begitu sebak sehingga menyapu air mata yang mengalir di pipinya.
Di kesempatan itu juga, Dayana berharap agar orang ramai dapat mendoakan urusan kelahiran anak keduanya dipermudahkan.
“D nak mintak semua kawan-kawan, keluarga dan followers doakan semoga baby AA sihat sempurna, jadi anak yang soleh, hormat orang, berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segalanya sehingga saat melahirkan… Terima kasih,” coretnya.
Terdahulu, Dayana telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Astrid Raheeya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar