gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Rawdah Mohamed Sarung Busana Rizman Ruzaini Di Festival Filem Cannes 2025
BERITA
Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu
HIBURAN
ERA Dalam Misi Mencari Pendengar Bertuah Terbang Ke Old Trafford Bersama Safee Sali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

10 Rakyat Malaysia Lumba Haram Di Hat Yai Didenda Polis Thailand!

gempak
Gempak
19/05/2025
05:10 MYT
Sponsor Banner
10 Rakyat Malaysia Lumba Haram Di Hat Yai Didenda Polis Thailand!
Sekumpulan 10 rakyat Malaysia didenda polis Thailand selepas didapati bersalah terbabit dalam perlumbaan haram di Hat Yai, Jumaat lalu.
Mereka ditahan selepas polis Thailand menerima aduan penduduk tempatan mengenai kumpulan pelumba membuat bising dan mengganggu lalu lintas berhampiran Pasar Malam Greenway.
Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand (Wilayah Ketujuh), Leftenan Kolonel Sakarin Anusaman Sakul, berkata penduduk juga memaklumkan bahawa mereka melihat beberapa kereta berdaftar dari Malaysia berlumba di sekitar Hat Yai.
"Berikutan aduan itu, polis Kho Hong dengan bantuan pegawai pelancong dan trafik berjaya mengenal pasti rakyat Malaysia terbabit melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Kira-kira jam 11 pagi semalam (waktu Thailand), pihak polis berjaya mengesan kumpulan berkenaan bersama enam kenderaan dan semua individu terbabit ditahan.
"Kesemua 10 individu itu membabitkan lelaki dan wanita berumur antara 21 hingga 25 tahun, didenda mengikut undang-undang lalu lintas Thailand," katanya ketika dihubungi.
Selain itu, Sakarin berkata, enam kenderaan termasuk Honda Civic Type R dan Mercedes-Benz juga disita.
Semua individu ditahan itu turut berdepan empat pertuduhan, iaitu menghalang lalu lintas, memandu secara melulu, mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran menggunakan alat ganti tidak mematuhi piawaian, dan tidak melengkapkan kelengkapan wajib pada kenderaan.
"Sebagai tanda kesal, kesemua mereka turut melakukan isyarat tradisional Thailand - 'wai' - sebagai permohonan maaf.
"Mereka memohon maaf atas tindakan dan gangguan yang ditimbulkan. Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan," katanya.
Kumpulan itu kemudian diarahkan pulang ke Malaysia dengan serta-merta.
Sakarin sekali gus mengingatkan semua pemandu asing, termasuk dari Malaysia, supaya mematuhi undang-undang di Thailand.
Beliau juga menggesa pengendali pelancongan Thailand supaya memberi penerangan jelas kepada pelancong mengenai peraturan lalu lintas sebelum memasuki negara itu.
Difahamkan, rakyat Malaysia terbabit memasuki Hat Yai pada 16 Mei lalu dengan menaiki enam kereta sedan untuk percutian hujung minggu.
Hat Yai, sebuah bandar berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, menarik kunjungan jutaan rakyat Malaysia setiap tahun, dengan hampir separuh daripada mereka dilaporkan masuk melalui Pos Sempadan Sadao.
Sumber: BH
Topic Berkaitan
#Viral
#Thailand
#Polis
#Haram
#Lumba
#Hat Yai
Must-Watch Video