Gaya Hidup

#DariPandanganMadNoor: Alahan, Alergi & Kaitan Dengan Gangguan Makhluk Halus, Mana Satu Yang Betul?

Gempak
16/11/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
#DariPandanganMadNoor: Alahan, Alergi & Kaitan Dengan Gangguan Makhluk Halus, Mana Satu Yang Betul?
Alergi dan alahan merujuk kepada reaksi tubuh terhadap bahan tertentu seperti debu atau makanan.
Namun, dalam budaya tradisional, ada kepercayaan bahawa gejala tertentu mungkin berpunca daripada gangguan makhluk halus.

BERITA BERKAITAN:Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

BERITA BERKAITAN:"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

BERITA BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Batal Majlis Bertandang Selepas Tahu Hamil Anak Pertama – “Saya Rasa Membazir Sebab…”

Mendalami secara saintifik, pegawai makmal Perubatan Dunia Lab, Muhammad Noor Zakaria atau lebih popular dengan sapaan Mad Noor tampil berkongsi perihal alergi dan alahan secara lebih saintifik.

"Alahan boleh dilakukan melalui pemeriksaan rawatan atau ujian makmal. Diagnosis dari pakar adalah penting kerana dari diagnosis yang tepat, kita dapat mengenal pasti punca kegatalan dan Alahan yang kita alami secara tepat .

"Apabila punca utama dapat kita ketahui, maka baru lah boleh kita buat keputusan yang tepat untuk mengelakkan dari alahan itu berlaku lagi atau barulah boleh kita elakkan apa yang menjadi punca alahan kita," katanya.
Jangan buat andaian sendiri!
Jelas Mad Noor lagi, individu yang berdepan dengan alahan tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah membuat andaian sendiri.

"Saya bagi contoh mudah udang adalah makanan yang selamat untuk kita nikmati kan? Tetapi bagi mereka yang alah kepada udang, system imun mereka melihat atau menganggap udang adalah bendasing yang harus di perangi!

"Ala sama seperti mekanisme badan melawan virus dan bacteria laa. Kalau virus dan bacteria menceroboh masuk ke dalam badan kita, apa badan kita buat? Badan kita akan lawan kan? Antibodi akan dihasilkan dan sistem imun akan diaktifkan untuk memastikan virus atau bakteria tidak dapat membiak kan? Dan kita rasa apa? Kita demam. Kita batuk, kita rasa sakit.
"Jadi reaksi yang kita alami semasa jangkitan menunjukkan system imun sedang memerangi pencerobohan.
"Begitu juga dengan Alahan, udang yang sepatutnya sedap untuk kita nikmati, tapi jika mereka alah,badan mereka terlampau overly sensitive dan segera mengaktifkan imun sistem," ujarnya.
Kata Mad Noor juga, dia bimbang trend membuat andaian sendiri mengenai alahan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dirawat dengan betul.
"Ada seorang pesakit mengadu kulitnya gatal, meruam, selalu bersin dan mata selalu berair dan gatal gatal. Perkara ni berlaku selepas sahaja mereka pindah ke rumah baru.
"Sebelum pindah, tak pernah ada masalah Alahan dan gatal. Nak kata ada makan benda yang asing tak juga. Maka pesakit ini tanpa berjumpa doctor terus mendakwa ini adalah kerja kerja mistik, orang dengki dan gangguan makhluk halus.
"Panggil ustaz sudah, baca yasin pun sudah, tapi alahan masih ada dan semakin teruk. Tak tahan dengan situasi tersebut dan akibat desakan isteri, pesakit tadi akur untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor menjalani ujian alahan terhadap pesakit dan hasil Keputusan makmal menunjukkan bahawa beliau positif alahan pada hama rumah dan juga lipas!
"Ya Keputusan makmal menunjukkan positive specific IgE pada Blomia tropicalis (hama rumah) dan Cockroach Germany yang menyebabkan dia alami alahan," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar