Hiburan

Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

gempak
Umirah Halim
28/10/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa syukur kerana segala urusan sepanjang kehamilan zuriat pertamanya dipermudahkan.

Mengidam burger & kek

Tidak mengalami alahan yang teruk, kongsi selebriti berusia 32 tahun itu dia hanya mengidam burger ramly dan kek.

“Saya bersyukur kehamilan pertama saya ini semua dipermudahkan, shooting untuk drama, OST drama pun sudah selesai.

“Alahan pelik-pelik tiada, cuma saya ada mengidam nak makan burger ramly dan juga victoria sandwich kek,” kongsinya ketika ditemui di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Peluang Kedua ini juga memaklumkan bahawa dia dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

“Insyallah Januari ini saya akan melahirkan, selepas itu saya akan berehat, selepas berehat saya akan bekerja seperti biasa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, teki-teki peminat mengenai kehamilan Nabila Razali akhirnya terjawab selepas penyanyi dan pelakon terkenal itu berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Umum Hamil Anak Sulung, Dijangka Bersalin Januari Depan

ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

Sekadar info, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, pada 18 November 2023.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024