Hiburan

Datuk Red Jumpa Bekas Isteri Pertama Bersama Suami Baharu? Netizen: “Muka Suami Baharu Dengan Tok Red Lebih Kurang”

Khairil Khusyairi
04/08/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Datuk Red Jumpa Bekas Isteri Pertama Bersama Suami Baharu? Netizen: “Muka Suami Baharu Dengan Tok Red Lebih Kurang”
Nama usahawan Datuk Red sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila tular sebuah perkongsian yang memaparkan dia berjumpa dengan bekas isteri pertamanya, baru-baru ini.

Jumpa Bekas Isteri Pertama

Menerusi perkongsian di TikTok, tular sebuah foto yang memaparkan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red dan bekas isteri, Adira bersama seorang wanita yang turut ditemani seorang lelaki.
Difahamkan, wanita tersebut adalah bekas isteri pertama Datuk Red dan lelaki berkenaan pula didakwa merupakan suami baharunya.

“Tok Red kenalkan ex wife nombor satu bersama suaminya,” tulis perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Muka Dikatakan Seiras

Ada yang berpendapat raut wajah suami baharu bekas isteri pertama itu seiras seperti Datuk Red.

“Iras-iras da,” tulis netizen.

“Sama rupa dengan Datuk Red suaminya,” komen netizen lain.

“Muka suami baru dengan Tok Red lebih kurang,” tulis netizen lagi.

“Yang kiri hujung tu anak dia. Jangan salah faham. Anak sulung Tok Red,” jelas seorang netizen.
Difahamkan lagi, Datuk Red didakwa menceraikan isteri pertama selepas tidak lama dia mendirikan rumah tangga kedua bersama Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.
Datuk Red dan Adira pula mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 namun mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, April lalu
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: "Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

ARTIKEL BERKAITAN: "Hari Ni Hari Ke-5 Kami Couple" - Datuk Red & Adira Kembali Bercinta?

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Beri Bayangan Mahu Rujuk Dengan Datuk Red? - “Nak Kahwin Dengan Awak Sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Datuk Red, Datin Red Berakhir Dengan Penceraian, Sempat Bermaaf-Maafan

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar