Hiburan

Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua - “Baby Berada Dalam Keadaan Baik”

Mya Amri
31/12/2023
01:58 MYT
Sponsor Banner
Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua - “Baby Berada Dalam Keadaan Baik”
Pelakon, Dayana Roza selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Sabtu.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, A'dale Adham Ayahudin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mereka.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby boy kami jam 1.56 malam tadi, sabtu 30.12.23 secara emergency, c-section.
“Baby dan mama dalam keadaan baik sekarang. Terima kasih yang mendoakan,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti.
Antaranya Elisya Sandha, Tiz Zaqyah, Uyaina Arshad dan Feeya Iskandar.
Untuk info, Dayana telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Astrid Raheeya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar